Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap projek rintis Program Komputer Riba untuk pelajar Tingkatan Lima di Sarawak bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat melonjakkan kualiti dan pencapaian pendidikan negeri itu.
Beliau berkata program rintis itu akan melibatkan 33,000 pelajar di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman Sarawak dengan proses penyerahan komputer riba itu dijangka selesai menjelang September ini.
"Semasa mengadakan tinjauan mesra saya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Sarawak pada April lalu, saya melahirkan hasrat supaya proses pembelajaran di Sarawak ditingkatkan dengan memberi kemudahan seperti komputer riba untuk semua pelajar (tingkatan lima) di Sarawak.
"Dengan tertunainya janji ini, maka saya yakin dan percaya pencapaian pelajar di Sarawak akan lebih memberangsangkan pada masa akan datang.
"Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk terus membangunkan Sarawak terutama sekali dalam pembangunan modal insan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada lima wakil pelajar di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Sementara itu, Kamalanathan berkata majlis penyampaian hari ini membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan setiap janji dikotakan serta dilaksanakan sebaik mungkin.
Beliau berharap program rintis membabitkan kos RM45 juta itu dapat membantu pelajar mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan khususnya dalam aspek peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Beliau berkata komputer riba itu akan diedarkan secara pinjaman kepada pelajar tingkatan lima dan kemudian akan dikumpulkan semula untuk dipinjamkan kepada pelajar tingkatan lima pada tahun berikutnya.
"Dengan pemberian komputer riba kepada pelajar-pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang, kita berharap pelajar-pelajar di Sarawak dapat meningkatkan komitmen dan pencapaian akademik dengan lebih baik," katanya.
Kamalanathan berkata kerajaan akan melihat keberkesanan program rintis pembekalan komputer riba itu sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Sementara itu, seorang daripada wakil pelajar itu, Gerald Fidler Begeli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Tapang, Samarahan, berkata komputer riba yang dilengkapi perisian berkaitan subjek pembelajaran akan dapat membantunya dan pelajar lain untuk berjaya dalam peperiksaan.
Bagi pelajar SMK Kuching High, Kuching Jonathan Lim Hao, walaupun beliau mempunyai komputer riba sendiri, namun yakin kemudahan yang diberikan kerajaan itu yang dilengkapi dengan perisian pelajaran akan dapat meningkat pencapaian seluruh pelajar Sarawak dalam SPM nanti.
Pengetua SMK Kuching High Tan Kiang Tuang berkata inisiatif itu sangat bermakna bagi pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer riba sendiri.
"Dengan kepesatan teknologi terkini, aspek pembelajaran di hujung jari mesti ditingkatkan dalam kalangan pelajar," katanya sambil menambah ia dapat membantu mengurangkan kebergantungan pelajar kepada buku teks.
Bernama
Fri Aug 26 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyampaikan sebuah komputer riba kepada pelajar, Liyana Nazuha Mohamad Napi di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan tambah baik SJKT, sasar setaraf sekolah kebangsaan - Kamalanathan
Kerajaan menyasar kemudahan infrastruktur serta pengajaran dan pembelajaran SJKT seiring dengan sekolah kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

KPM akan kenal pasti punca pelajar gemar lakukan aktiviti waktu malam
KPM akan mengadakan sesi perbincangan dengan ibu bapa serta guru bagi mengenal pasti punca pelajar gemar melakukan aktiviti waktu lewat malam.

SPM di lokasi lain jika SMK Balung tidak selamat - Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata ia bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah berkenaan terjamin.

Program komputer riba lonjak pencapaian pendidikan Sarawak - PM Najib
Program rintis itu akan melibatkan 33,000 pelajar di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman Sarawak dengan proses penyerahan komputer riba itu dijangka selesai menjelang September ini.