Kerajaan menyasar kemudahan infrastruktur serta pengajaran dan pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seiring dengan sekolah kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata kerajaan akan terus menambah baik serta menaik taraf SJKT secara berterusan bagi memperkukuhkan lagi martabat sekolah berkenaan.
"Ini yang menjadi fokus Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mahu SJKT terus berkembang dan kira-kira RM800 juta telah diperuntukkan untuk memartabatkannya sejak hampir 10 tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kamalanathan berkata SJKT kini bukan sahaja menerima murid dalam kalangan kaum India, namun ia turut menarik minat kaum Melayu dan Cina.
"Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, guru-guru SJKT sama kelayakan dengan sekolah lain dan mampu melahirkan pelajar cemerlang namun kekurangannya adalah dari segi infrastruktur, kemudahan asas dan sebagainya," katanya.
Beliau ditemui selepas menyerahkan cek peruntukan khas penyelenggaraan kecil tahun 2016 berjumlah RM590,000 kepada sembilan SJKT bantuan kerajaan dan tiga sekolah pembangunan sukan peringkat Selangor di SJKT Jalan Meru, di sini.
Menurut Kamalanathan, bagi fasa pertama, sebanyak RM16.5 juta telah diagihkan kepada 251 SJKT yang layak sepanjang tahun lepas dan 43 daripadanya adalah di Selangor dengan agihan berjumlah RM3.56 juta.
Kamalanathan berkata segala pembangunan projek SJKT baharu, penambahbaikan bangunan sedia ada serta kemudahan asas itu membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah berkenaan demi kemajuan kaum India di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017

KAMALANATHAN: Kerajaan menyasar kemudahan infrastruktur serta pengajaran dan pembelajaran SJKT seiring dengan sekolah kebangsaan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.