Kira-kira 840,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tampil menyerah diri menerusi Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) sejak program itu diperkenalkan pada 2014 hingga kini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga pihaknya mengutip kira-kira RM400 juta dalam bentuk kompaun.
"Program ini dianggap sangat berjaya kerana ia menjimatkan kos kerajaan kerana kita tidak perlu menangkap dan menempatkan mereka di depoh tahanan serta perlu menanggung makan, minum dan kos perubatan mereka," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mustafar berkata bagi tahun ini sahaja, 148,774 PATI menyerah diri bawah program itu.
Bagi memastikan kelancaran program 3+1 yang tamat pada 30 Ogos ini, beliau berkata kaunter Imigresen di seluruh negara beroperasi pada cuti hujung minggu dari 8 pagi hingga 5 petang, bermula semalam.
Sehubungan itu beliau menyeru PATI agar mengambil peluang yang masih ada untuk tampil di bahagian penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi menyertai program 3+1 berkenaan.
"Mulai 31 Ogos kita cuba 'merdekakan' Malaysia daripada PATI bagi mengambil semangat Hari Kemerdekaan. Kita akan meneruskan operasi untuk menahan PATI yang masih ada di negara ini selepas program 3+1 tamat," tegasnya.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata bagi tempoh 1 Jan lalu hinggga Khamis lepas (2 Ogos), jabatan itu telah menjalankan 8,694 operasi di seluruh negara.
Katanya sebanyak 108,000 pekerja asing telah diperiksa dan 26,200 PATI serta lebih 700 majikan telah ditahan.
"Kita tiada anggaran jumlah PATI kerana mereka berubah wajah sekejap sahaja. Hari ini dia datang dengan visa pelajar, esok dia kerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO), maka mereka adalah PATI," katanya ketika ditanya mengenai jumlah PATI yang masih ada di negara ini.
Dalam pada itu, Mustafar berkata majikan dan PATI terlibat dalam Program Rehiring yang gagal menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh ditetapkan akan disenarai hitam melalui biometrik (BioSL) bermula 1 Sept ini.
"Pesalah yang disenarai hitam tidak akan dikeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, tidak dibenarkan meninggalkan negara dan tidak dapat melakukan sebarang urus niaga di Jabatan Imigresen," katanya.
Mustafar berkata Jabatan Imigresen memandang serius sikap sambil lewa pesalah yang gagal menjelaskan kompaun itu yang tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
MUSTAFAR: Bagi tahun ini sahaja, 148,774 PATI menyerah diri bawah program itu.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.
Kerajaan dijangka jana RM206 juta hasil Program Visa Premium
Program Visa Premium bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.
Tiada kompromi buat pihak yang melindungi PATI
Hukuman berat menanti pihak termasuk golongan majikan yang mengambil PATI bekerja tanpa dokumen yang sah.
Imigresen serbu dua restoran, tahan 29 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 29 warga asing selepas menyerbu dua buah restoran di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan Presint 11 Putrajaya.
207 pendatang tanpa izin positif COVID-19 - KP Imigresen
Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus COVID-19.
474 PATI berjaya ditahan dalam operasi Imigresen pada tahun baharu
Warga Indonesia mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 220 orang.
44,941 pelawat asing dikenakan NTL kerana tidak penuhi syarat kemasukan
Seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.
Kerajaan belanja hampir RM3.5 juta kos makanan pendatang tanpa izin - Ketua Pengarah Imigresen
Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan migran guna laluan perairan Selangor
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif menggunakan laluan sekitar perairan Selangor dalam operasi khas.