KUALA LUMPUR: Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
"Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula akan bermula esok hingga 1 Jun ini, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Menurut MOF, ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April.
MOF-ePEMULA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada 2002 hingga 2004) atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar, selain data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.
Menurut MOF, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang layak menerusi Belanjawan 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia boleh layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html manakala bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.- Gambar hiasan
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Kredit ePemula dalam Touch 'n Go tidak boleh diguna bayar tol - PLUS
PLUS menggesa semua pengguna RFID menambah nilai TNG eWallet untuk mengekalkan baki yang mencukupi.

ePemula dapat membudayakan transaksi tanpa tunai secara berterusan - Tengku Zafrul
Ini dapat dilihat menerusi jumlah transaksi tanpa tunai yang meningkat sebanyak 74.4 peratus kepada 1.1 bilion pada 2021 berbanding 2020.

Guna kredit ePemula dengan bijak, sokong usahawan tempatan - PM
Ia secara tidak langsung mampu memulihkan ekonomi membabitkan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKMS).

BigPay dipilih sebagai rakan e-dompet untuk inisiatif ePemula
Pengguna boleh menuntut kredit RM150 mereka offline melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR.

Program ePemula: E-tunai RM150 bagi 18-20 tahun boleh daftar mulai esok
Kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.