KUALA LUMPUR: Program ePemula bernilai RM300 juta yang dilancarkan semalam, dijangka terus menyumbang kepada pembudayaan transaksi kewangan tanpa tunai dalam negara, khususnya dalam kalangan belia dan penuntut institusi pengajian tinggi.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini dapat dilihat menerusi jumlah transaksi tanpa tunai yang meningkat sebanyak 74.4 peratus kepada 1.1 bilion pada 2021 berbanding 2020.
Malah, katanya, ini jelas menggambarkan bahawa peniaga serta pengguna semakin selesa menggunakan kemudahan tanpa tunai termasuk di kedai-kedai.
"Melalui Program ePemula, kerajaan berharap agar momentum e-tunai ini kekal, terutamanya bagi meneruskan usaha kerajaan dalam memacu penggunaan perkhidmatan kewangan digital.
"Pelaksanaan e-tunai bukan sahaja memudahkan pengguna, tetapi turut mengutamakan aspek keterangkuman, keselamatan dan ketelusan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ePemula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Cyberjaya, pada Jumaat.
Syarikat penyedia e-dompet yang mengambil bahagian bagi inisiatif Pemula adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
Pada akhir tahun lalu, Malaysia telah mencatat peningkatan hampir 60 peratus bagi pendaftaran peniaga untuk perkhidmatan e-tunai kod QR DuitNow kepada 1.1 juta 'touchpoints' atau pusat pembayaran fizikal.
Terdapat sejumlah 1.2 juta pusat terbabit bagi memudahcara transaksi e-tunai untuk peniaga dan pengguna apabila digandingkan jaringan pusat pembayaran keempat-empat penyedia e-dompet bagi ePemula.
Menurut Tengku Zafrul, jaringan luas itu akan dapat memastikan pelaksanaan ePemula secara menyeluruh di seluruh negara, termasuk di bandar-bandar kecil.
Ini akan memberi manfaat kepada lebih ramai belia dan penuntut selain membudayakan satu sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, telus dan selamat, kata beliau.
Tengku Zafrul berkata, selari dengan fasa peralihan negara ke endemik yang membenarkan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial, ePemula dapat menekankan penggunaan e-dompet bagi tujuan pembelian secara fizikal.
"Kerajaan berharap dengan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi ePemula, langkah ini akan menggalakkan pengguna untuk menyokong komuniti perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang amat terkesan akibat pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Tengku Zafrul berkata ini dapat dilihat menerusi jumlah transaksi tanpa tunai yang meningkat sebanyak 74.4 peratus kepada 1.1 bilion pada 2021 berbanding 2020. -Gambar fail/Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Permukiman AEM ke-31 bermula di Desaru
Dipengerusikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, permukiman itu antara acara penting di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.