MELAKA: Perikatan Nasional (PN) semalam mengambil langkah berani dengan mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti itu memperoleh mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Pengumuman yang dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sekali gus menghapuskan spekulasi yang bertiup sebelum ini dan bakal mencipta sejarah Melaka malah negara apabila julung kalinya menyaksikan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan itu.
Sebelum ini, selain Mas Ermieyati, Naib Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen antara yang disebut-sebut dipilih untuk jawatan berkenaan.
Persoalan yang timbul adalah sama ada dengan pengumuman berkenaan akan mengubah pola pengundian di Melaka pada saat akhir berkempen yang berbaki sehari lagi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Mengulas persoalan berkenaan, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Che Hamdan Che Mohd Razali berkata perubahan pola pengundian lebih bergantung kepada kaedah penyampaian jentera parti pada saat akhir.
"Disebabkan terlalu banyak propaganda daripada parti yang bertanding, begitu juga dalam isu Ketua Menteri ini, kaedah penyampaian mungkin masih dapat mempengaruhi pola pengundian namun ia sangat terhad.
"Dari segi peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), bagi saya ia tidak memberikan kesan kerana setakat hari ini, kedua-dua pakatan ini kelihatan lebih menonjol daripada PN.
"Mungkin tahap keyakinan mereka adalah berdasarkan pilihan raya yang lalu. Namun, tidak mengejutkan sekiranya kesungguhan PN dalam meletakkan YB Mas Ermieyati ini dapat mengurangkan undi BN," katanya kepada Bernama semalam.
BACA: PRN Melaka: Mas Ermieyati harap idea calon ketua menteri wanita dapat direalisasi
BACA: PRN Melaka: PN negeri sokong Mas Ermieyati calon ketua menteri - Dr Mohd Yadzil
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pengumuman berkenaan merupakan strategi bagi menarik sokongan wanita dan juga golongan belia di negeri ini, selain mengelakkan polemik terhadap calon ketua menteri sekiranya diumumkan lebih awal.
Beliau tidak menolak pengumuman itu juga adalah satu pengiktirafan buat kaum wanita selain menjadi cabaran buat Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah itu untuk memberi kemenangan buat PN dalam PRN.
"Kita dah nampak siapa rakyat Melaka nak ikut sama ada Adly Zahari (calon Ketua Menteri PH), Mas Ermieyati atau (Datuk Seri) Sulaiman Md Ali (calon Ketua Menteri BN). Saya rasa bergantung kepada perspektif kepada rakyat boleh tak Melaka dipimpin oleh wanita. Ia satu risiko tapi juga peluang kepada wanita," katanya.
Mohd Azizuddin berpendapat tiada halangan untuk wanita dilantik ke jawatan utama negeri.
"Cuma kita tak pernah ada sejarah wanita jadi ketua menteri atau menteri besar. Kalau ia berlaku, ini kali pertama maksudnya sejarah tercipta dengan terpilihnya seorang wanita sebagai ketua menteri tetapi realiti itu kalau PN menang," katanya.
Sebelum ini, jawatan Ketua Menteri Melaka telah disandang oleh 12 pemimpin dengan individu pertama adalah Tan Sri Osman Talib, diikuti Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Talib Karim, Datuk Setia Abdul Ghani Ali, Datuk Seri Adib Adam dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Datuk Seri Idris Haron, Adly dan terakhir ialah Sulaiman.
Mohd Azizuddin turut berpandangan bahawa pencalonan Mas Ermieyati juga akan menjadi 'booster' kepada peningkatan undi kepada calon PN yang lain.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap ketua menteri. PN yang dianggotai Bersatu bertanding di 15 kerusi, lapan PAS dan lima Gerakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Prof Mohd Azizuddin berkata, pengumuman Mas Ermieyati (gambar) sebagai calon Ketua Menteri itu merupakan strategi bagi menarik sokongan wanita dan juga golongan belia di Melaka. - Gambar fail BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.