KUALA LUMPUR: Berbaki sekitar empat hari lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Khairy Jamaluddin dilapor membantu berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan di Puncak Alam, Shah Alam pada Isnin.
Menerusi satu rakaman video yang tular di TikTok, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata Harisson boleh menjadi wakil rakyat yang baik bagi mewakili kerusi berkenaan.
BACA: PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Khairy juga menyifatkan Harisson mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkaliber kerana berpengalaman, rajin serta berpendidikan.
"Kenapa? Sebab saya kenal dia lebih 20 tahun. Kami sama-sama masuk UMNO, belia sebagai Setiausaha Kerja Pemda UMNO pada waktu itu, dan saya sebagai Exco Pemuda UMNO.
"... dan memang daripada awal lagi saya menjangkakan antara rakan sebaya yang akan pergi jauh dalam politik adalah Datuk Harisson," katanya memetik rakaman video berkenaan.
Sementara itu, Harisson dalam kemas kini di laman Facebooknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Khairy kerana meluangkan masa untuk memberikan sokongan moral kepadanya.
Harisson yang merupakan bekas timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh dipecat daripada UMNO selepas beliau diumumkan sebagai calon bagi DUN Jeram mewakili PN.
Harrison berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Jahaya Ibrahim bagi kerusi DUN Jeram.
Sebelum ini, Khairy turut ditawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, jika bekas Ahli Parlimen Rembau menyertai parti itu.
Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat UMNO, bagaimanapun bekas Menteri Kesihatan itu memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 07 2023

Khairy dilihat meluangkan masa ketika kempen Harisson di Puncak Alam pada Isnin - Foto Facebook/Harisson Hassan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRN: KJ luang masa bantu kempen calon PN Jeram
Harrison berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Jahaya Ibrahim bagi kerusi DUN Jeram.