KUALA LUMPUR: Masa depan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, terletak di tangan 9.67 juta pemilih apabila mereka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada pilihan raya hari ini.
Di Terengganu, pemilih bukan sahaja mengundi untuk kerusi DUN, tetapi juga untuk satu kerusi Parlimen iaitu Kuala Terengganu kerana pilihan raya kecil kawasan itu diadakan serentak dengan pilihan raya enam negeri berkenaan.
Pastinya hari ini akan menjadi hari yang dinanti dengan penuh debaran, dari saat pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi sehingga keputusan penuh setiap negeri diumumkan, dengan yang paling awal dijangka diketahui kira-kira dua jam selepas pusat mengundi ditutup pada pukul 6 petang.
Secara keseluruhan, sebanyak 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi.
Selasa lepas, seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi pilihan raya di enam negeri itu manakala 1,286 lagi mengundi untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Persoalan yang berlegar kini adalah sama ada status quo akan kekal yang akan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kuasa di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PAS terus memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Atau, adakah akan berlaku perubahan drastik di enam negeri selepas 14 hari berkempen tanpa henti oleh setiap parti yang bertanding?
Tempoh berkempen yang bermula selepas penamaan calon pada 29 Julai lepas berakhir tengah malam tadi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,524 laporan melibatkan kesalahan pilihan raya bagi tempoh 29 Julai hingga 9 Ogos.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, sejumlah 103 kertas siasatan telah dibuka dan empat tangkapan telah dibuat.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia enam negeri itu mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum selepas memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing semasa pembubaran Parlimen pada 10 Okt tahun lepas.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memilih Ahli Parlimen baharu diadakan serentak hanya dengan pilihan raya negeri Perak, Pahang dan Perlis pada 19 Nov 2022.
Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya negeri masing-masing sebelum PRU15.
DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun, diikuti DUN Selangor dengan 56 kerusi pada 23 Jun.
Sementara DUN Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DUN Kedah 36 kerusi dan DUN Terengganu 32 kerusi dibubarkan serentak pada 28 Jun, menjadikan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi sebagai yang terakhir dibubarkan selepas genap sepenggal penuh pada 1 Julai.
Pilihan raya enam negeri itu juga merupakan medan perang pertama yang menyaksikan kerjasama PH (Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah) dan BN (Barisan Nasional) untuk menghadapi cabaran daripada PN (Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Sebanyak 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
PRN: Enam negeri jadi tumpuan hari ini
Pastinya hari ini dinanti penuh debaran, dari saat pusat mengundi dibuka jam 8 pagi sehingga keputusan penuh setiap negeri diumumkan.