TAMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terlibat dalam nahas jalan raya pagi tadi dilaporkan stabil dan hanya mengalami bengkak pada kaki kiri.
Pembantu kempennya, Mohd Nazir Md Yunus berkata, kejadian berlaku ketika Mohd Zaidy dalam perjalanan pulang ke inap desa selepas selesai bermesyuarat.
“Kemalangan pagi tadi itu berlaku ketika calon baru selesai adakan mesyuarat dengan jentera dan dalam perjalanan pulang ke inap desa di Felda Palong 2.
“Beliau sekarang ini berada di wad biasa Hospital Jempol dan keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan buat masa ini, pihak hospital hanya membenarkan anggota keluarga menziarahinya berikutan beliau memerlukan rehat dan rawatan yang secukupnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan sedang dilakukan.
“Dalam siasatan dan kenyataan media akan menyusul,”katanya ringkas ketika dihubungi.
Mohd Zaidy akan berdepan saingan dengan calon Perikatan Nasional, Datuk Seri S. Surash pada pilihan raya negeri yang berlangsung pada 12 Ogos ini.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jul 31 2023

Calon BN bagi DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terlibat dalam nahas jalan raya pagi tadi dilaporkan stabil dan hanya mengalami bengkak pada kaki kiri.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRN: Calon BN Jeram Padang stabil, hanya bengkak kaki
Mohd Zaidy kini dirawat di wad biasa Hospital Jempol dan hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk menziarahinya.