Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Slim ialah pada 29 Ogos depan.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos depan.
"Tempoh berkempen adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding sehingga pukul 11:59 malam 28 Ogos 2020.
"Undi pos bagi luar dan dalam negara iaitu tarikh buka 23 julai 2020 dan tarikh tutup 13 Ogos 2020," katanya pada sidang media di Menara SPR di sini pada Rabu.
Bagi PRK DUN Slim ini, SPR akan melaksanakannya selari dengan prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak COVID-19 sebagaimana nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Azmi berkata, satu garis panduan pencegahan COVID-19 yang ditambah baik selepas PRK Chini, Pahang akan dikuatkuasakan.
"Perkara utama yang diketengahkan ialah penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan.
"SOP khas ini akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan raya iaitu di taklimat petugas, proses penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi," ujarnya.
SPR juga akan memastikan sebarang bentuk aktiviti kempen adalah selari dengan arahan kerajaan dan berkuatkuasa pada waktu yang berkenaan bagi mengawal penularan wabak.
"Antaranya, jumlah kehadiran peserta bagi kempen pilihan raya melalui ceramah atau arahan tidak lagi dihadkan kepada 250 orang, tetapi tertakluk kepada saiz keluasan ruang dan penjarakan sosial," kata Azmi.
Selain itu, SPR turut menubuhkan dua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti sepanjang tempoh berkempen.
Ia akan dianggotai wakil daripada pihak polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding.
"SPR akan menggunakan Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi," tambah Azmi.
SPR dalam pada itu turut mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.
Kerusi DUN Slim kosong berikutan penyandangnya, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 tahun, meninggal dunia 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 lalu, Mohd Khusairi mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi.
Beliau menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.
PRK DUN N.58 Slim merupakan pilihan raya kecil yang ke-12 selepas PRU14.
BACA: Tarikh penting PRK DUN Slim pada 23 Julai - SPR
BACA: ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia
Astro Awani
Thu Jul 23 2020
![PRK DUN Slim 29 Ogos, penamaan calon 15 Ogos PRK DUN Slim 29 Ogos, penamaan calon 15 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595482601_AzmiSharom.jpg)
Azmi ketika sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan urusan PRK DUN N58 Slim, Perak di ibu pejabat SPR hari ini. --fotoBERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71593605725_Chiniundiawal.jpg)
Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP
Laluan khas akan disediakan bagi golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas.
![Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948 Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/41409563177_295x200.jpg)
Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Azmi Sharom memfailkan permohonan untuk mengkaji semula perlembagaan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen hari ini.
![Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373956658_295x200.jpg)
Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.