Hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang melibatkan 247 orang bermula hari ini (Selasa) pada jam 8 pagi.
Seramai 232 orang akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang sehingga jam 5.30 petang dan 15 orang lagi di Balai Polis Sungai Koyan sehingga jam 2 petang.
Pihak polis menjangkakan lebih 90 peratus pengundi awal yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supt Ashari Abu Samah pada Isnin berkata, seramai 247 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam undi awal itu merangkumi mereka yang masih berkhidmat, telah bertukar lokasi kerja, bersara dan meletak jawatan atau dibuang kerja.
PRK Cameron Highlands akan menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran, Barisan Nasional (BN) Ramli Md Nor dan dua calon BEBAS iaitu Wong Seng Yee serta Sallehudin Ab Talib.
PRK Cameron Highlands diadakan semula selepas Parlimen dimenangi BN menerusi calonnya, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu.
Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen berkenaan yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
BACA: Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran dengan 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).
Manogaran, 59 tahun, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Arfa Yunus, Isabelle Leong
Mon Jan 21 2019
Seorang anggota polis memasukkan kertas undi ke dalam kotak selepas selesai mengundi ketika proses pengundian awal pada PRK Parlimen Cameron Highlands di Balai Polis Sungai Koyan pagi ini, 22 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah hari, mangsa didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.
Jenazah Cikgu Istiqomah diserah kepada keluarga esok
Perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan jenazah guru itu akan diserahkan kepada keluarganya pada 2 petang esok.
Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis
Mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
Dua individu terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara
Mangsa merupakan seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.
Polis tahan pasangan cuai, biar anak kecil main di tepi balkoni
Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
Enam tahun tak jumpa anak dilarikan isteri warga asing
Sebanyak 12 laporan polis dibuat pengadu yang juga seorang warga tempatan berhubung orang hilang (OH) berkenaan sejak tahun 2016.
Polis kenal pasti individu panah anjing
Suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.
Polis kesan individu panah kepala anjing di Wangsa Maju
Kertas siasatan akan dibuka atas kesalahan menganiaya haiwan jika suspek terbabit berjaya ditahan.