TAWAU: Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) menerusi Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) menyasarkan untuk membantu 6,000 pelajar di Sabah melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pada tahun ini.
Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata jumlah itu yang bertambah berbanding 5,000 pelajar sebelum ini, merangkumi lima kawasan luar bandar serta sembilan parlimen di negeri itu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta sekretariat PRIHATIN meneruskan bantuan berkenaan di Sabah.
"Sebenarnya ini tahun keempat kami sampai ke Sabah selepas 2016, 2017, 2018 kemudian berhenti seketika sebab COVID-19, Perdana Menteri pada waktu itu merupakan menteri mentor bagi program JPKM ini dan sekarang beliau minta agar program bantuan ini diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran JPKM 2022 yang disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy di sini.
Program sehari itu disertai 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi kemahiran tinggi serta rakan strategik.
Sementara itu, Andi Muhammad Suryady berkata JPKM 2022 merupakan inisiatif serta projek khas Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada masyarakat terutama penduduk pedalaman atau luar bandar untuk akses pendidikan tinggi.
Beliau turut berharap supaya kerajaan pusat dapat mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi di Kalabakan bersesuaian dengan peningkatan jumlah penduduk di daerah berkenaan.
"Pelajar dari Kalabakan ramai yang berpotensi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, namun mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan masalah ekonomi keluarga.
"Warga Kalabakan dan Tawau juga menanti kewujudan pusat pengajian tinggi ini di sini," katanya.
Jabatan Perangkaan merekodkan bancian penduduk bagi Tawau serta Kalabakan seramai 514,000 orang bagi 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Jumlah itu yang bertambah berbanding 5,000 pelajar sebelum ini, merangkumi lima kawasan luar bandar.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
PRIHATIN sasar bantu 6,000 pelajar Sabah ke menara gading
Jumlah itu yang bertambah berbanding 5,000 pelajar sebelum ini, merangkumi lima kawasan luar bandar.