Firma audit terkemuka PricewaterhouseCoopers dilantik bagi menjalankan siasatan bebas terhadap pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar.
Pentauliahan firma itu dibuat oleh Lembaga Penyiasatan Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Gazali Jalal dan dianggotai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Datuk Mustafa Mohd Nor, tiga minggu lalu.
Menurut kenyataan Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Berhad, pada 13 Julai lalu, pihaknya menerima memorandum daripada Kesatuan Staf Sokongan USAS; Kesatuan Kakitangan Akademik USAS dan Jawatankuasa Badan Bertindak Kebajikan Staf USAS bertarikh 27 dan 28 Jun.
"Memorandum itu mengandungi pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan tertinggi USAS.
"Lanjutan daripada memorandum tersebut, Lembaga Pengarah telah mengambil langkah segera pada tiga minggu lalu dengan mewujudkan Lembaga Penyiasatan Khas," demikian menurut kenyataan itu di sini, malam tadi.
Tambah kenyaaan itu, Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi telah mengemukakan permohonan untuk bercuti mulai 6 Ogos sehingga siasatan selesai agar semuanya berjalan lancar.
"Beliau juga secara sukarela menyatakan akan berkerjasama dalam siasatan tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS Prof Dr Wan Sabri Wan Yusof akan menjalankan tugas-tugas Naib Canselor.
"Kami pohon kerjasama semua pihak supaya tidak mengulangi spekulasi berhubung hal ini, yangkami anggap sangat serius sehingga siasatan bebas selesai," tambah kenyataan tersebut.
Semalam, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari memaklumkan antara aduan salah laku yang dilaporkan termasuk pemberhentian kakitangan tanpa sebab munasabah selain pemberian kontrak pengendali kantin yang meragukan.
USAS dinaik taraf sebagai universiti daripada kolej pada Jun 2016 dengan pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
USAS di Kuala Kangsar dinaik taraf sebagai universiti daripada KUISAS pada Jun 2016.
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.
Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.
Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.