Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember.
Menurut naib presiden parti Datuk S. Balakrishnan, jelajah itu dijadual bermula Ahad di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian peringkat negeri.
"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Palanivel tidak akan turun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita (sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.
"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat bawahan dan akar umbi," kata Balakrishnan pada sidang media di ibu negara, Sabtu.
Balakrishnan berkata timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan tiga naib presiden Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.
Sementara itu, Balakrishnan menegaskan bahawa jelajah itu tidak bertentangan dengan moratorium yang diarahkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Presiden hanya akan menemui pengerusi dan memberi penerangan yang jelas tentang apa yang berlaku. Sebagai presiden yang dipilih, beliau mempunyai hak untuk menemui anggota parti pada bila-bila masa (yang beliau mahu)," kata Balakrishnan yang juga pengerusi MIC Johor.
Pada 5 Dis, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari, berikutan aduan tentang salah guna kuasa dan salah laku semasa pemilihan, yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
ROS juga menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung parti sehingga isu itu diselesaikan.
Najib berkata Jumaat beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda MIC, satu daripada parti komponen BN.
Bernama
Sat Jan 31 2015
![Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365117579_295x200.jpg)
Jelajah itu dijadual bermula Ahad di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian peringkat negeri. - Gambar Fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435543122_MICLOGO.jpg)
Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC
Bekas Bendahari Agung MIC itu berkata semua derma dan sumbangan yang parti itu terima pada 2013 diperakui sepenuhnya.
![MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434967493_KAMALANATHAN.jpg)
MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan
MIC kini perlahan-lahan kembali mendapat sokongan daripada masyarakat India dengan pembabitan generasi mudanya terutama golongan profesional.
![Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445055351_hasanarifin.jpg)
Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC
Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
![Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41435570275_PalanivelMIC.jpg)
Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos
Jawatankuasa Kerja Pusat Sementara MIC 2009, yang memihak kepada pemangku presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam, menetapkan 6 Sept sebagai tarikh untuk mengadakan pemilihan presiden parti itu.
![Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435543122_MICLOGO.jpg)
Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC
Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan.
![Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435104742_Palanivel.jpg)
Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel
Presiden MIC DatuK Seri G Palanivel hari ini berkata beliau akan bejumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan satu mekanisme pemilihan parti yang baru.
![Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435104742_Palanivel.jpg)
Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.
![Pemuda desak Palanivel muhasabah diri Pemuda desak Palanivel muhasabah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41434896178_PALANIVEL.jpg)
Pemuda desak Palanivel muhasabah diri
Pemuda UMNO mendesak Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bermuhasabah diri dan melihat kelemahan yang ada bagi menyelesaikan kemelut parti itu.
![MIC tolak hudud - Palanivel MIC tolak hudud - Palanivel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371538565_295x200.jpg)
MIC tolak hudud - Palanivel
MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
![Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365117579_295x200.jpg)
Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti.