KUANTAN : Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 11.40 malam Selasa.
Allahyarham Nik Naizi, 63, telah dimasukkan ke Coronary Care Unit (CCU), Jabatan Kardiologi HTAA, pada Ahad selepas mengalami sakit dada.
Bagaimanapun, Allahyarham terpaksa ditidurkan disebabkan keadaannya yang semakin kritikal selepas dikatakan mendatangkan serangan jantung kali pertama pada 2 Disember lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Salma Abdul Samad, 57, dan empat anak serta enam cucu.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad Kuantan pada jam 7.19 pagi.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan akhbar The Star pada 1April 1982 dan telah bersara wajib pada September 2019.
Selepas itu, Allahyarham menyambung kontraknya sebagai wartawan di akhbar yang sama sehingga Mac 2020. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 28 2022

Allahyarham terpaksa ditidurkan disebabkan keadaannya yang semakin kritikal selepas dikatakan mendatangkan serangan jantung kali pertama pada 2 Disember lalu. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Presiden Kelab Media Pahang meninggal dunia
Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 11.40 malam Selasa.