BUTTERWORTH: Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapatnya najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata menerusi serbuan Ops Bersih ke atas kedua-dua premis berkenaan, pihaknya mendapati tahap kebersihan kilang-kilang itu tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.
"Kedua-dua kilang yang masing-masing terletak di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dan Sungai Puyu, juga dikenakan kompaun, masing-masing tiga dan empat kompaun bernilai hampir RM12,000.
"Malah, pihak kami juga telah memberi Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Nov 2021," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata antara kesalahan lain yang dilakukan adalah terdapat pekerja kilang yang tidak menerima suntikan tifoid selain tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan.
"Pekerja kilang tauhu didapati menempatkan bekas makanan yang diproses di atas lantai yang jelas tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, selain keadaan lantai premis yang licin dan boleh mendatangkan bahaya.
"Bagi kilang belacan pula, kami dapati logo halal yang digunakan pada produk adalah diragui, selain peralatan yang digunakan adalah tidak bersih, di samping terdapat binatang peliharaan seperti anjing berada dalam premis berkenaan yang sememangnya tidak mematuhi prosedur ditetapkan," katanya.
Beliau berkata kilang-kilang itu turut dikenakan penguatkuasaan di bawah Undang-undang Kecil 25(1)(C) Akta Makanan 1983.
Operasi tersebut disertai 15 anggota jabatan tersebut dan 12 penguat kuasa Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Pegawai BKKM Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata menerusi serbuan ke atas kedua-dua premis berkenaan, pihaknya mendapati tahap kebersihan kilang-kilang itu tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tiga premis kotor diarah tutup
Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

KKM periksa 7,677 premis makanan sepanjang Januari lepas, 256 diarah tutup sementara
Kementerian Kesihatantelah memeriksa 7,677 premis makanan menerusi tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 sepanjang Januari lepas.

Premis kotor ditutup, DBKL keluar 58 kompaun
Operasi dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mazlan Daham.

Tak patuh tahap kebersihan, kilang makanan diarah tutup di Melaka Halal Hub
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan tiga premis kilang makanan di negeri itu ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.

Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup
Antara kesalahan yang dikesan adalah struktur bangunan yang tidak selamat, penyimpanan bahan kotor dan penemuan najis tikus.

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan 'bawah pokok' diarah tutup
Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.

Premis proses todi berusia 30 tahun diarah tutup sementara
Walaupun pemiliknya mempunyai lesen daripada Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, keadaan premis itu sangat kotor sehingga terdapat tikus mati di dalam salah satu tong memproses todi.