PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) supaya menjalankan kajian mendalam membabitkan kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel syarikat itu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Prasarana juga perlu mengadakan perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi terbabit.
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga kawasan-kawasan persendirian, jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk ke kawasan tersebut.
"Namun, sebagai operator kita perlu lebih proaktif dan saya minta Prasarana supaya membuat satu siasatan (kajian) yang lebih terperinci dengan melihat kawasan-kawasan yang berisiko ini dan seterusnya berbincang dengan DBKL atau PBT yang terlibat mengenai perkara itu terutamanya di sepanjang jajaran yang melibatkan laluan monorel dan LRT," katanya kepada media selepas Majlis Erat Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini.
Loke berkata monorel dan LRT merupakan sistem pengangkutan yang lebih berisiko untuk terdedah kepada insiden yang tidak diingini seperti pokok tumbang dan sebagainya, berikutan landasannya yang berada di tengah pusat bandar.
"Sebab kita punya sistem rel ini kebanyakannya rel bertingkat (above ground), kalau di bawah tanah itu tiada risiko begini, tapi monorel ini landasannya di tengah-tengah bandar raya.
"Memang penyelenggaraan pokok itu antara agenda utama...sebelum ini pun memang ada penyelenggaraan berkala tetapi dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti ini kita perlu melipat gandakan tumpuan," katanya
Selasa lepas, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Selasa lepas, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail. - Gambar/ Bernama
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.

Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.

Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.

Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.

Projek monorel Putrajaya siap jika serah kepada swasta - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan projek monorel Putrajaya sudah siap ketika ini sekiranya projek itu diserahkan kepada sektor swasta dalam membangunkan infrastruktur berkenaan.

Penangguhan projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu belum tercapai
Penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.

Waktu puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai esok
Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok.

PKP: Perkhidmatan rel dan bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Kekerapan bas pada waktu puncak adalah kekal iaitu antara pukul 6.00 hingga 10 pagi dan antara pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.