KUALA LUMPUR: Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu puncak itu dipanjangkan dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal 7 pagi hingga 9.30 pagi dan dari 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding 5 petang hingga 7.30 malam.
Menurut kenyataan itu pemanjangan operasi tersebut susulan gangguan perkhidmatan di antara dua stesen LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek akibat penjajaran landasan yang bengkok.
"Langkah ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna, selain mereka dapat merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bilangan bas perantara percuma juga akan ditambah bermula esok bagi tiga laluan dengan kekerapan 10 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.
Tiga laluan itu ialah laluan LRT 9 melibatkan LRT Hang Tuah - LRT Bandaraya - LRT Hang Tuah (15 bas); laluan LRT 10 membabitkan LRT Masjid Jamek - LRT Bandaraya - LRT Masjid Jamek (9 bas); dan laluan LRT 11 iaitu LRT Sentul Timur - LRT Bandaraya - LRT Sentul Timur (10 bas).
"Prasarana memohon maaf atas kesulitan dialami penumpang dan amat menghargai sokongan serta kesabaran mereka. Inisiatif ini adalah komitmen kami dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pengguna sentiasa dalam tahap terbaik," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Waktu puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai esok
Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok.