KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mengkaji semula potensi kira-kira 20 projek di bawah perbadanan itu yang telah atau akan ditamatkan agar boleh dibangunkan berdasarkan konsep bersesuaian dengan keperluan semasa.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata inisiatif itu dirancang untuk merancakkan sektor pembinaan dan pasaran perumahan.
"Pada 2019, PR1MA telah melalui proses rasionalisasi sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi PR1MA.
"Hasil proses ini, daripada 94 projek yang telah ditandatangani perjanjian, 32 projek telah atau akan ditamatkan," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Beliau memaklumkan setakat 31 Mac, PR1MA mempunyai 62 projek bernilai kira-kira RM14 bilion yang sedang dijalankan di seluruh negara.
Shahidan berkata sebanyak 20,587 unit telah siap dibina, 24,756 unit dalam pembinaan manakala 7,420 unit masih dalam perancangan.
Beliau menjelaskan PR1MA juga akan memberikan perhatian khusus terhadap projek yang sedang dalam pembangunan namun mengalami kelewatan seperti Residensi Tebrau dan Melaka Tengah 2.
Katanya projek Residensi Tebrau kini dalam proses memberikan milikan kosong dan akan diserah selewat-lewatnya pada 30 April ini manakala projek Melaka Tengah 2 pula dalam proses melantik kontraktor penyelamat.
Shahidan juga berkata PR1MA terus mencari kaedah penyelesaian untuk membantu golongan sasaran memiliki rumah khususnya dalam tempoh ekonomi yang mencabar termasuk melalui pengenalan Skim Rent To Own.
Beliau berkata PR1MA kini memperhalusi terma serta mekanisme pelaksanaan skim itu sebagaimana yang telah diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 dan ia dijangka dilancarkan pada Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
![PR1MA kaji semula 20 projek yang telah ditamatkan - Shahidan PR1MA kaji semula 20 projek yang telah ditamatkan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616215957_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan berkata, setakat 31 Mac, PR1MA mempunyai 62 projek bernilai kira-kira RM14 bilion yang sedang dijalankan di seluruh negara. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720590374_ZalihaMustafa.jpg)
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
![Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720005199_AzeemFahmi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
![UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719380076_ShahidanKassim.jpg)
UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
![Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700840786_ShahidanKassim.jpg)
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
![Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699348042_TBShahidanKassim.jpg)
Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
![Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698713498_tbBekaspemimpinUMNO.jpg)
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
![Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698639829_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Isnin kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) mendakwa Jimmy Puah Wee Tsen (PH - Tebrau) menyokong Israel.
![KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698269275_MAF.jpg)
KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun
Shahidan berkata, tajaan yang disalurkan itu bakal menjadi faktor penting untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet.
![Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697088209_ArmizanMohdAli.jpg)
Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali, berkata setakat ini tiada undang-undang yang mengawal selia kutipan derma bagi bencana yang bukan diuruskan oleh kerajaan.
![Sindiran 'anak papa' cetus kekecohan di Dewan Rakyat Sindiran 'anak papa' cetus kekecohan di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697087506_RSNRayer.jpg)
Sindiran 'anak papa' cetus kekecohan di Dewan Rakyat
Perkataan "anak papa" diungkapkan Datuk Awang Hashim (PN - Pendang) mencetuskan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat pada Khamis.