PKR, Pas dan DAP akan menggerakkan jenteranya ke seluruh negara bagi memastikan pengundi faham isu kandungan manifesto Pakatan Rakyat.
Jelajah ke segenap pelusuk kawasan akan dipertingkatkan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata selepas manifesto itu dibentangkan, gerak kerja jentera akan ditumpukan kepada usaha menarik lebih ramai pengundi.
"Manifesto yang diluncurkan pada pagi ini tidak akan memberi impak kepada rakyat sekiranya ianya tidak dibawa turun ke bawah ke kawasan-kawasan ke kampung untuk diperjelaskan." jelasnya.
Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika diminta mengulas kegagalan Pas, DAP dan PKR menunaikan janji-janji sebelum ini berkata manifesto PRU13 Pakatan Rakyat berbeza dengan manifesto PRU 2008.
"Saya sebut sekali lagi Pakatan Rakyat belum wujud pada pilihan raya 2008, ia hanya wujud selepas 2008, dan hari ini dalam Konvensyen yang ke 4 dan inilah persetujuan bersama. Selepas ini kalau kami ambil alih Putrajaya tak laksanakan apa yang terkandung dalam manifesto pada hari ini, itu baru kami dianggap mengkhianati janji." tambahnya.
Pakatan pada Konvensyen ke empat di Shah Alam, membentangkan sebuah manifesto bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat."
Manifesto yang mengandungi 37 perkara itu dibentuk berasaskan empat tonggak utama iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.
Astro Awani
Mon Feb 25 2013


WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Tidak mustahil jajaran baharu UMNO, DAP selepas PRU15 - KB Paya Besar
Kehadiran bersama Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dengan pemimpin DAP dalam satu majlis baru-baru ini memberi bayangan pembentukan jajaran politik dua parti itu akan berlaku selepas PRU15.

Tiada parti boleh mentadbir negara secara solo - Dr Kartini
Tidak ada mana-mana parti yang boleh mentadbir secara solo di negara ini, kata Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Ketua Pembangkang: Jika bukan Anwar, siapa lagi? - Penganalisis
Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa lagi yang boleh memimpin dan menyatukan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Saya tidak pernah halang Anwar untuk jadi PM - Tun Mahathir
Anwar sepatutnya sudah pun menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada penghujung 90an dahulu, kata Tun Mahathir.

Bahtera UMNO makin karam menuju PRU15
Kerjasama parti Melayu paling lama negara itu dengan beberapa parti termasuk dari yang pernah menghumban mereka keluar dari Putrajaya menimbulkan pelbagai persepsi.

Lima kerajaan negeri masih sah - Peguam
Pembentukan kerajaan itu masih sah kerana tiada arahan daripada parti itu di peringkat negeri.

MIC mula menjelma sebagai parti terkuat dan stabil
Kajian Emir Research yang berpusat di UIAM melaporkan hampir 50 peratus penduduk tidak pasti sama ada hala tuju masa depan negara berada pada landasan yang betul.

Menanti manifesto terbaik di Tanjung Piai
Pengundi mahu tahu apa yang hendak disampaikan. Mesej itu yang sedang ditunggu pengundi sebelum mereka membuang undi pada 16 November ini.