KUALA LUMPUR: Sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dinasihat supaya mengelakkan penganjuran acara makan secara berkumpulan atau potluck.
Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, ini kerana risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka adalah tinggi berbanding penerima vaksin yang hadir ke PPV.
"Saya berpendapat dalam kalangan sukarelawan amalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diberi perhatian.
"Berdasarkan maklumat di media sosial, sebahagian besar mereka (sukarelawan) tidak memberikan perhatian yang serius.
"Ada antara mereka yang membawa potluck, makan bersama-sama dan kemungkinan akan ada ketidakpatuhan SOP," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
BACA: Polis siasat video tular berkumpul makan durian di PPV
Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain, berkata pihaknya menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah PPV di Johor Bahru selepas ia menjadi tular dalam media sosial.
Beliau dilaporkan berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada jam 3.41 petang Ahad.
Minggu lalu, seramai 204 petugas PPV di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dijangkiti COVID-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dibuat ke atas kesemua petugas di situ.
Terbaharu, tujuh sukarelawan PPV Setia City Convention Centre (SCCC) di Shah Alam dikesan dijangkiti COVID-19.
Mengulas lanjut, Dr Malina pada pada masa yang sama mencadangkan agar sukarelawan melakukan ujian saringan secara bersasar untuk mengenal pasti punca jangkitan.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 20 2021

Dr Malina Osman berkata, risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka adalah tinggi berbanding penerima vaksin yang hadir ke PPV. - Gambar fail/ Astro AWANI
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
KKM sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi.

COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara
Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.

Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
Ia seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi
Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.

MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok
Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.