KUALA LUMPUR: Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) berharap persatuan itu dapat membantu kanak-kanak perempuan membina daya tahan yang diperlukan untuk berdepan tekanan dan cabaran membesar dalam dunia hari ini.
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sebagai seorang ibu dan nenek, beliau mengetahui cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak perempuan hari ini yang sangat berbeza daripada apa yang dialaminya ketika membesar, terutama dengan kemunculan media sosial.
Beliau berkata satu contoh daripada cabaran itu ialah buli, yang kini tidak hanya wujud dalam dunia fizikal malah dalam dunia maya.
Isteri Perdana Menteri itu berkata terdapat juga pemangsa seksual dalam talian serta 'grooming' atau antun seksual, selain scammer atau penipu yang menyasarkan kanak-kanak.
"Kerana itu, PPPM berharap untuk memperkasa kanak-kanak perempuan supaya menjadi lebih kuat dan lebih berdaya tahan. Kami mahu membentuk mereka menjadi pemimpin, tidak mengalah kepada pembuli, pemangsa dan ugutan, serta sentiasa dilengkapi (dengan ilmu) untuk berdepan cabaran.
"Ini telah menjadi sebahagian daripada undang-undang Guiding kami, dengan harapan kanak-kanak perempuan ini dapat membezakan peluang daripada bahaya dan dapat memanfaatkannya (peluang itu)," katanya pada Majlis Makan Tengah Sambutan Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa (IDG), sempena Persidangan Olave Baden-Powell Society (OB-PS) Malaysia 2023 di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga penaung PPPM berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng dan Pengerusi OB-PS Susan Campbell.
Bertemakan #PreparedToChangeTheWorld#, sambutan IDG bertujuan menyeru semua pihak termasuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGSS) untuk memperkasa kanak-kanak perempuan dan gadis dengan daya tahan bagi mempimpin perubahan bermakna dalam masyarakat.
Sementara itu, persidangan tahunan OB-PS pula bertujuan mengumpulkan anggotanya dengan minat yang sama untuk menyediakan sokongan kewangan kepada WAGGGS dan memastikan pendapatan yang berterusan bagi membiayai kerja, projek, program dan perkhidmatannnya.
Persidangan tahunan itu, bermula 12-16 Okt, pertama kali diadakan di Malaysia sejak 1998 dan mengumpulkan lebih 360 peserta daripada 17 negara termasuk United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Nigeria dan Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Dr Wan Azizah mengakui cabaran yang dihadapi kanak-kanak perempuan hari ini berbeza daripada zaman dahulu, terutama dengan kemunculan media sosial. - Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Keberanian wanita bersuara wajar dapat pujian - Tengku Shireen
Keberanian wanita masa kini yang lebih berani menyuarakan pendapat wajar mendapat pujian, kata Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman.

Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.

Raja Permaisuri Agong mahu ahli Pandu Puteri Malaysia praktikkan program WAGGGS
Model kepimpinan WAGGGS dapat membentuk ahli PPPM menjadi insan yang berdisiplin tinggi dengan akhlak terpuji.

Raja Permaisuri Agong terharu terima pengiktirafan tertinggi WAGGGS
Ia dianugerahkan kepada Tunku Azizah susulan penglibatan, perkhidmatan serta sumbangan luar biasa Seri Paduka dalam persatuan itu sama ada di peringkat nasional mahupun global.