KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin bahawa strategi yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan membantu memimpin Malaysia untuk keluar daripada krisis COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, tiada satu pun penyelesaian yang sempurna untuk membolehkan Malaysia keluar daripada tekanan ini dan menghalang pelaksanaan kawalan pergerakan untuk selama-lamanya.
"Saya sangat yakin Malaysia akan dapat mengatasinya seperti yang telah dilakukan dalam banyak krisis terdahulu, menerusi daya tahan kita yang terbukti dan semangat kerjasama rakyat Malaysia yang waja," katanya dalam artikel yang diterbitkan di akhbar harian Singapura, The Straits Times, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, ribuan rakyat Malaysia telah menjadi sukarelawan di pusat-pusat vaksinasi dan program sokongan sosial yang diwujudkan oleh kerajaan.
"Disertai dengan usaha untuk memperhalusi pengurusan kes COVID-19 semasa, meningkatkan vaksinasi dan menyokong golongan rentan, ia jelas menunjukkan, ini bukanlah isyarat bahawa negara ke arah taraf negara yang gagal, sebaliknya, sebagai negara yang bertekad untuk memerangi pandemik ini.
"Kegagalan bukanlah satu pilihan. Insya-Allah, Malaysia akan menangani krisis ini bersama-sama dan keadaan yang lebih baik akan wujud pada masa akan datang," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, cabaran yang dihadapi Malaysia pada masa ini telah mendorong penilaian yang tidak adil bahawa Malaysia 'menjadi sebuah negara yang gagal.'
Bagaimanapun, beliau berkata tanggapan itu ada kelemahannya.
"Mendakwa Malaysia dalam keadaan berisiko untuk menjadi negara yang gagal, menidakkan kejayaan kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasinya.
"Setakat ini, 3.1 juta individu atau lebih 10 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap," katanya sambil memaklumkan Penjejak Vaksin COVID-19 Bloomberg, jelas menunjukkan bahawa kadar pemvaksinan adalah semakin baik.
"Kini, ia akan mengambil masa lima bulan untuk mengimunkan 75 peratus daripada penduduk berbanding anggaran 4.5 tahun yang dibuat pada April," menurut Tengku Zafrul.
Memetik laman web World In Data, beliau berkata, setakat 10 Julai 2021, Malaysia telah menjadi antara negara utama di dunia yang memberikan vaksinasi harian melebihi China, Britain, Perancis dan Jerman.
"Kini, bekalan yang mencukupi akhirnya diterima. Kita telah berusaha sebaik mungkin dan bekerjasama dengan kerajaan negeri, sektor swasta dan masyarakat untuk pemvaksinan secara besar-besaran," katanya.
Tengku Zafrul berkata PPN yang diumumkan baru-baru ini adalah pelan dinamik yang bergantung kepada data masa nyata untuk mengesan nilai ambang penting dalam memastikan jalan keluar secara sistematik daripada pandemik ini.
BACA: COVID-19: 11,079 kes baharu, angka tertinggi negara sejak pandemik bermula
Sehingga kini, beliau berkata, tujuh negeri telah memenuhi tiga petunjuk utama yang membolehkan negeri-negeri berkenaan untuk beralih kepada Fasa Kedua dalam PPN, melibatkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi.
Indikatornya merangkumi tahap penularan COVID-19 dalam masyarakat, tindak balas sistem penjagaan kesihatan awam dan kadar vaksinasi ke atas populasi.
"Melihat kepada varian Delta yang lebih agresif yang telah merebak di Asia Tenggara, cabaran untuk menangani pandemik ini sudah menjadi lebih kritikal, oleh itu, kami terpaksa menggunakan strategi yang lebih agresif seperti meningkatkan kawalan pergerakan di kawasan panas (hotspot) dan ujian yang disasarkan," katanya.
Mengulas mengenai gerakan 'bendera putih' yang mendapat kritikan segelintir pihak yang mendakwa ia adalah bukti kegagalan negara ini, beliau berkata, tuduhan itu terlepas fakta yang paling penting iaitu demokrasi masih hidup di Malaysia selain tidak mengambil kira psike sosiopolitik dan konteks sejarah masyakarat di Malaysia.
"Saya yakin ramai saintis sosial dan politik 'bingung' mengenai bagaimana satu kempen yang mencerminkan keprihatinan masyarakat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, boleh dikaitkan dengan keadaan taraf negara yang gagal," katanya.
Malah, Tengku Zafrul berkata, walaupun dibebani hutang legasi, masalah struktur sosio-ekonomi dan ketidakpastian politik, kerajaan tetap mengeluarkan RM38 bilion dalam bentuk bantuan langsung serta subsidi pada tahun lepas, manakala pada 2021, kerajaan memperuntukkan RM45 bilion dan baki sebanyak RM28 bilion masih sedang diagihkan.
Pembayaran tersebut telah membantu rakyat Malaysia yang bekerja serta golongan kelas menengah, menyokong 330,000 majikan dan menyelamatkan lebih 2.7 juta pekerjaan di negara ini, manakala pengangguran telah dikurangkan daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.5 peratus menjelang Mei tahun ini.
"Adakah semua fakta ini menggambarkan keadaan 'negara yang gagal,'?" katanya.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk ahli parlimen pembangkang untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada rakyat yang memerlukan, termasuk Program Bakul Makanan bernilai RM100 juta baru-baru ini.
Beliau berkata, pada 1 Julai lepas, kerajaan sekali lagi melancarkan program bantuan makanan sebanyak RM100 juta untuk kira-kira 300,000 penduduk miskin bandar melalui e-tunai, yang membolehkan mereka membeli barang keperluan di pasaraya serta kedai makanan yang menjadi rakan kongsi di seluruh negara.
"Walaupun terdapat banyak kemungkinan dan sesuatu yang tidak diketahui termasuk landskap politik yang mencabar sejak awal pandemik, kerajaan telah melakukan yang terbaik dan akan terus melindungi kehidupan serta mata pencarian, sama seperti yang dibuat oleh negara-negara maju yang menghadapi krisis yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, tiada satu pun penyelesaian yang sempurna untuk membolehkan Malaysia keluar daripada tekanan ini dan menghalang pelaksanaan kawalan pergerakan untuk selama-lamanya. - Foto BERNAMA
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
"Anda berhak menerimanya," titah Agong kepada pengawal keselamatan tular
Yogeswary, 44, yang tular di media sosial adalah antara 298 penerima pada istiadat yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
72 pengunjung, tiga pemilik pusat hiburan dikompaun
Kesemua pemilik premis dan pengunjung itu telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
78 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP
Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pengunjung mendapati dua daripadanya positif dadah.
Polis PJ guna dron pantau pematuhan SOP PPN Fasa 4
Operasi dilancarkan secara bersepadu dengan menubuhkan empat pasukan disertai bersama pelbagai agensi penguatkuasaan lain.
Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA terima 134 kertas cadangan
Geran penyelidikan MASA menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.
PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.
Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.