GOMBAK: Sebuah kuil dikompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam satu majlis keagamaan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya sebelum ini mengesan satu video tular di media sosial berkaitan majlis keagamaan yang diadakan di sebuah kuil.
"Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.
"Polis mengeluarkan kompaun kepada pihak pengurusan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves di bawah Perkara 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman denda RM1,000," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Ini bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang gagal mematuhi SOP tersebut," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jan 10 2022

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).