KUALA LUMPUR: "Anda berhak menerimanya," demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada R. Yogeswary membuatkan pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu tersenyum lebar dan semakin bersemangat membantu mereka yang memerlukan.
Apatah lagi titah itu disampaikan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah kepadanya yang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.
Bagaimanapun, hanya ucapan terima kasih berkali-kali yang mampu diucapkan kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah dalam pertemuan singkat sejurus istiadat itu selesai di Balairung Seri.
"Saya tak sangka hari ini saya boleh menjejakkan kaki ke Istana Negara dan bertemu sendiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri malah pegawai Istana memberitahu Seri Paduka sendiri nak jumpa saya sekejap dan ambil gambar bersama-sama," katanya dalam nada sebak ketika menceritakan momen indah itu kepada Bernama.
Yogeswary, 44, yang tular di media sosial kerana sering membantu pesakit dan pelawat di parkir hospital, adalah antara 298 penerima pada istiadat berkenaan yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Memilih persalinan kebaya hitam pada hari yang disifatkan sebagai paling istimewa sepanjang hidupnya, Yogeswary hadir dengan ditemani kakaknya, R Rajeswary, 48, seorang guru tadika.
Yogeswary berkata beliau ikhlas menghulurkan segala khidmat dan bantuan meskipun ia bukan kerja hakiki seorang pengawal keselamatan.
"Di hospital, banyak pesakit yang mendapatkan rawatan berada dalam keadaan yang sedih, begitu juga ahli keluarga mereka, sebab itu saya sentiasa ingin memberikan layanan yang baik kerana itulah sekecil-kecil pertolongan yang boleh saya berikan.
"Saya tidak akan berhenti untuk membantu masyarakat, selagi saya sihat dan mempunyai tenaga, saya pasti akan usaha sedaya upaya untuk membantu orang ramai," katanya.
Anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Gerik itu juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan pingat berkenaan selain orang ramai, majikan dan keluarganya atas sokongan berterusan diterimanya selama ini.
Yogeswary, yang sebelum ini bertugas di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, telah ditempatkan di Kompleks Rawatan Harian sejak enam bulan lepas.
Kisahnya yang sering membantu pesakit atau pelawat hospital tular di media sosial sehingga meraih perhatian Menteri Kesihatan ketika itu Dr Zaliha Mustafa yang memuji tindakan Yogeswary serta menzahirkan penghargaan kepada wanita itu dalam hantaran di laman Facebook.
Antara bantuan yang dihulur Yogeswary ialah mengangkat barang, mengawal lalu lintas dan menenangkan pesakit dalam keadaan cemas selain mengucapkan tahniah kepada ibu baru bersalin.
Sementara itu di media sosial, warganet turut mengucapkan tahniah kepada wanita itu.
"Semoga yang lain teladani sifat ini, berbuat baiklah kepada orang lain," tulis pengguna Instagram lala_walid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Yogeswary berkata beliau ikhlas menghulurkan segala khidmat dan bantuan meskipun ia bukan kerja hakiki seorang pengawal keselamatan. - Gambar Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat
Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.

Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.

Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.

Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan dibebaskan
Dua pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini bagi siasatan lanjut berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dekat Ampang Point dibebaskan pada Sabtu.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.