Pasukan Polis Marin (PPM) memberkas lima lelaki selepas disyaki cuba menyeludup 90,000 liter minyak petrol ke Filipina dalam Ops Benteng COVID-19, di perairan Gubbin Rock, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan berusia 33 tahun hingga 61 tahun.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sebelum kejadian sepasukan anggotanya sedang menjalankan rondaan di perairan Sandakan sempena Ops Benteng COVID-19.
Menurutnya, pihak PPM mendapati kapal berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan lalu menahan kapal tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
"Anggota bertugas kemudiannya menemui 90,000 liter petrol dalam tangki kapal berkenaan.
"Namun, semua suspek gagal mengemukakan permit memiliki bahan terkawal berkenaan.
"Siasatan lanjut mendapati, minyak petrol berkenaan disyaki cuba diseleweng untuk diseludup ke negara jiran, Filipina," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Beliau berkata, semua suspek kemudiannya diberkas dan kapal serta minyak dianggarkan bernilai lebih RM2.11 juta berkenaan dirampas.
"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya sekali," katanya lagi.
Radhi Muslim
Sun May 17 2020
PPM memberkas lima lelaki selepas disyaki cuba menyeludup 90,000 liter minyak petrol ke Filipina. - Foto: PPM
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
4,560 kesalahan pelbagai akta direkodkan sejak PKP bermula - KPDNHEP
Sebanyak 440,549 premis perniagaan diperiksa pada tempoh tersebut merangkumi kedai runcit, pasar raya, kedai makan, kedai kek dan roti, kedai pakaian, bengkel kenderaan serta lain-lain premis.
PPM tahan lima lelaki cuba seludup 90,000 liter petrol ke Filipina
Pasukan Polis Marin (PPM) memberkas lima lelaki selepas disyaki cuba menyeludup 90,000 liter minyak petrol ke Filipina.
Polis marin tumpaskan pencuri petrol di Sarawak
Susulan kejayaan itu, anggotanya menahan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu pacuan empat roda terbabit setelah membawa muatan petrol dianggarkan bernilai lebih RM120,800, tanpa permit.
Harga simen tidak akan naik - Saifuddin
Pemain industri simen telah bersetuju untuk tidak menaikkan harga bahan binaan tersebut.