Pemain industri simen telah bersetuju untuk tidak menaikkan harga bahan binaan tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Saifuddin, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemain industri simen susulan ura-ura kenaikan harga bahan binaan tersebut.
Jelas beliau, dalam pertemuan tersebut pihaknya memaklumkan bahawa pemain industri tertakluk kepada Akta Kawalan Bekalan yang meletakkan syarat bahawa kerajaan perlu dimaklumkan jika harga simen hendak dinaikkan.
“Di akhir pertemuan tersebut, pemain industri bersetuju bahawa tidak akan menaikkan harga simen dan mereka sendiri akan memaklumkan kepada pelanggan tentang perkara tersebut.
“Mereka (pemain industri) juga bersetuju di masa akan datang, mereka akan memaklumkan kepada kementerian jika berhasrat untuk menaikkan harga simen,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran garis panduan pematuhan standard filem penghadang, di sini pada Rabu.
BACA: Lim akan jumpa Saifuddin bincang punca kenaikan harga simen
Sebelum ini isu kenaikan harga simen dibangkitkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang mendakwa menerima notis kenaikan harga simen sebanyak 40 peratus pada 3 Jun lalu.
Kenaikan berkenaan dilaporkan berkuatkuasa pada 15 Jun dan 1 Julai ini.
Berdasarkan laporan itu, 85 peratus bekalan simen negara dikuasai oleh sebuah syarikat sahaja dan jangkaan kenaikan mendadak daripada RM10 kepada RM16 itu akan menyebabkan harga rumah terutama rumah mampu milik menjadi mahal.
Fareez Azman
Wed Jun 19 2019
![Harga simen tidak akan naik - Saifuddin Harga simen tidak akan naik - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560925377_TBSAIFUDDINISMAIL.jpg)
Saifuddin Nasution telah mendapatkan penjelasan daripada pemain industri simen mengenai dakwaan kenaikan harga binaan itu. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![4,560 kesalahan pelbagai akta direkodkan sejak PKP bermula - KPDNHEP 4,560 kesalahan pelbagai akta direkodkan sejak PKP bermula - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591936294_KPDNHEP.jpg)
4,560 kesalahan pelbagai akta direkodkan sejak PKP bermula - KPDNHEP
Sebanyak 440,549 premis perniagaan diperiksa pada tempoh tersebut merangkumi kedai runcit, pasar raya, kedai makan, kedai kek dan roti, kedai pakaian, bengkel kenderaan serta lain-lain premis.
![PPM tahan lima lelaki cuba seludup 90,000 liter petrol ke Filipina PPM tahan lima lelaki cuba seludup 90,000 liter petrol ke Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589706462_OpsBentengCOVID.jpg)
PPM tahan lima lelaki cuba seludup 90,000 liter petrol ke Filipina
Pasukan Polis Marin (PPM) memberkas lima lelaki selepas disyaki cuba menyeludup 90,000 liter minyak petrol ke Filipina.
![Polis marin tumpaskan pencuri petrol di Sarawak Polis marin tumpaskan pencuri petrol di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571442266_TBMarinPetrol.jpg)
Polis marin tumpaskan pencuri petrol di Sarawak
Susulan kejayaan itu, anggotanya menahan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu pacuan empat roda terbabit setelah membawa muatan petrol dianggarkan bernilai lebih RM120,800, tanpa permit.
![Harga simen tidak akan naik - Saifuddin Harga simen tidak akan naik - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560925377_TBSAIFUDDINISMAIL.jpg)
Harga simen tidak akan naik - Saifuddin
Pemain industri simen telah bersetuju untuk tidak menaikkan harga bahan binaan tersebut.