Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (KAGUM) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO) selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan.
"Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjamin hak pengguna dan mengelak mereka daripada ditipu," katanya pada sidang media penubuhan biro undang-undang PPIM di sini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim dan Presiden MHO Zamri Zaimon.
Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi.
"Terdapat pelbagai jenis caj yang dikenakan oleh syarikat guaman seperti kos membuka rekod dan kos pengangkutan peguam yang perlu dibayar oleh penguna," katanya.
Justeru, beliau berkata KAGUM menyediakan 25 peguam yang akan membantu memberi khidmat nasihat guaman termasuk menyelesaikan kemusykilan pengguna berkaitan dokumen perjanjian dan pelaburan pada kos yang minima.
Sementara itu, Hishamuddin berkata kes penipuan masa kini kebanyakannya mengikat pengguna dengan surat perjanjian yang berat sebelah dan sering kali pengguna diugut dengan tindakan undang-undang sekiranya pengguna mahu membatalkan perjanjian tersebut.
"Pengguna kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan untuk mengkaji perjanjian dan transaksi yang adakalanya tidak logik dan langkah bantuan guaman ini akan memberi mereka kefahaman dan pilihan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan KAGUM boleh berkunjung ke ibu pejabat biro di C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak atau menghubungi talian 011-1118 1000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi. - Gambar fail
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
PPIM tubuh biro guaman bela nasib pengguna
PPIM hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (KAGUM) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.