PEKAN: Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, Kuantan yang menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dijadual mula beroperasi pada September ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata pemindahan pejabat SUK itu akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama antara lain melibatkan pejabat pentadbiran tertinggi kerajaan negeri seperti pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
"Kerja ke arah itu sedang giat dilaksanakan dan kita yakin semuanya berjalan mengikut jadual dan dapat disiapkan sebelum tarikh ditetapkan," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Blok Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Acheh di sini hari ini.
Wan Rosdy juga memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk menyempurnakan perasmian pusat pentadbiran itu pada 25 Sept ini.
PPAS yang sebelum ini dilaporkan bernilai RM415.5 juta merupakan pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah digunakan sejak 1967.
Kompleks pentadbiran itu dibangunkan dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada jata negeri Pahang dengan mengaplikasikan teknologi hijau.
Sementara itu, mengulas mengenai blok baharu SK Kampung Acheh, Wan Rosdy berkata bangunan bernilai RM5.69 juta itu siap pada April lepas selepas pembinaannya bermula pada Jun 2020, bagi menggantikan bangunan lama yang diperbuat daripada kayu.
"Sekolah ini adalah bukti kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan mana-mana sekolah termasuk yang kurang muridnya bagi memastikan mereka belajar dalam situasi yang selesa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak penyerahan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Al-Sultan Abdullah cetus kewujudan PPSAS
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kewujudan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).

PPAS dijadual mula beroperasi pada September - Wan Rosdy
Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, Kuantan yang menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dijadual mula beroperasi pada September ini.