KUALA LUMPUR:Wanita yang memilih untuk berkahwin lewat bukan lagi perkara luar biasa masa ini memandangkan lebih ramai wanita mengutamakan kerjaya dan mementingkan kestabilan ekonomi.
Pakar Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Awal berpendapat, wanita yang berkahwin lewat bukan perkara yang pelik.
Apatah lagi apabila seseorang wanita itu dalam keadaan stabil dari segi pendapatan, kerjaya dan pendidikan.
Namun, wujud kebimbangan.. adakah populasi penduduk akan terjejas apabila lebih ramai wanita memilih untuk tidak mendirikan rumah tangga pada usia muda?
Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan, bilangan penduduk lelaki di negara ini lebih ramai berbanding wanita pada tahun ini.
Bagi tahun 2020, jumlah penduduk lelaki adalah 16.8 juta berbanding wanita dengan 15.9 juta.
Malah, bilangan kelahiran hidup secara keseluruhannya juga menurun kepada 487,957 pada 2019 berbanding 501,945 pada 2018.
Sementara itu, bilangan perkahwinan juga mencatatkan penurunan pada tahun 2019 kepada 203,821 daripada 206,352 pada 2018.
Apa yang membimbangkan ketika ini, menurut Noor Aziah adalah lebih ramai wanita yang selesa untuk tidak berkahwin sehingga timbul perasaan tiada keperluan untuk mendirikan rumah tangga.
“Bagi saya yang membimbangkan adalah rasa selasa untuk tidak berkahwin yang seterusnya menimbulkan perasaan saya nak anak saya boleh ambil anak angkat.
“Biasanya mereka juga ini alang sulung yang mempunyai adik-adik yang sudah berkahwin dan mempunyai anak buah yang ramai, itu yang saya bimbangkan.
“Kebanyakannya pada satu tahap, dia rasa tidak ada keperluan untuk kahwin, kerana sudah ada rumah, duit, kereta, bercuti ikut masa dia jadi apabila sudah berkahwin itu mereka perlu sesuaikan kehidupan mereka kerana sudah terbiasa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, tegas Noor Aziah, seseorang wanita itu tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Ini bagi memastikan seseorang wanita itu tidak menyesal di kemudian hari susulan kesilapan memilih pasangan hidup.
“Wanita tidak perlu tergesa-gesa buat keputusan nak kahwin. Lebih-lebih lagi generasi hari ini melihat perceraian bukan lagi stigma di negara ini.
“Bagi saya apa yang membimbangkan juga adalah wanita berasa terpaksa untuk berkahwin tak kira siapa pasangan mereka.
“Ini adalah salah, ini kerana wanita mempunyai banyak pilihan jadi tidak timbul isu akan menyebabkan sebuah keadaan yang tidak terkawal dalam populasi di negara ini. Apa yang penting adalah wanita perlu kahwin dengan orang yang setanding dengan dia,” ujarnya.
Apa pun pilihan sama ada berkahwin atau tidak, ia terletak kepada pilihan setiap individu. Jangan sesekali ada stigma terhadap golongan ini.
Ingat.. kahwin apabila anda sudah bersedia dan bukan hanya untuk memenuhi kehendak atau kemahuan orang lain!
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Dec 06 2020
Bagaimanapun, tegas Noor Aziah, seseorang wanita itu tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. - Gambar hiasan
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Wanita maut nahas enam kenderaan
Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah lori jenis tipper dan lima kereta.
KPWKM komited perkukuh kedudukan wanita melalui pelbagai inisiatif, program
Antara inisiatif yang dijalankan ialah program latihan kemahiran, bantuan perniagaan dan sokongan psikososial.
Wanita rugi lebih RM350,000, diperdaya 'polis', 'pegawai SKMM'
Seorang wanita warga tempatan kerugian RM350,100 selepas diperdaya sindiket yang mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti menyebarkan pelaburan haram.
Tangani buli siber penting, wanita dapat ceburi bidang ICT dengan selamat - Teo
Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap buli siber dan langkah sewajarnya untuk mencegah jenayah itu dengan berkesan.
Kumpulan wanita protes kegagalan undang-undang India
Protes itu juga bagi menuntut keadilan kepada tragedi seorang doktor yang dirogol dan dibunuh di Kolkota pada 9 Ogos lalu.
Mempertingkatkan hak wanita tanggungjawab bersama - Raja Permaisuri Agong
Raja Zarith Sofiah bertitah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk meningkatkan hak wanita bagi memastikan golongan itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
Wanita kerugian RM6,000 dipukau di klinik kesihatan
Polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek, untuk tampil memberi maklumat.