KUCHING: Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata berdasarkan bancian pemantauan, Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014.
"Antara kawasan tumpuan bagi buaya ini adalah di Sungai Bako, Batang Lupar, Batang Sadong juga di Sibuti," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Len Talif berkata kementeriannya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.
"Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg," katanya.
Sementara itu, Len Talif berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara 'real time' atau data masa nyata yang dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka dilancarkan tahun depan.
Menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Populasi meningkat, Sarawak pertimbang hasilkan produk kulit buaya
Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.