Masyarakat India akan meraikan pesta menuai atau Ponggal, iaitu perayaan utama khususnya bagi masyarakat petani, dan jatuh pada bulan ke sepuluh dalam kalendar Tamil dikenali 'Thai', hari ini.
Sepertimana perumpamaan terkenal 'Thai piranthal vazhi pirakkum' yang bermaksud permulaan bulan Thai yang membawa tuah, masyarakat India akan menyediakan Ponggal atau nasi manis dan memuja Dewa Matahari, bumi dan lembu.
Tahun ini, masa paling bertuah untuk menyediakan nasi manis adalah di antara pukul 7.30 pagi dan 8.55 pagi, 10.30 pagi dan 11.55 pagi atau 5 petang dan 8 malam, menurut Presiden Hindu Sanggam Malaysia Datuk R.S. Mohan Shan.
Pesta Ponggal bermula pada 14 Jan dengan sambutan Bhogi iaitu amalan membakar barang lama dan lusuh, serta membersihkan rumah sebagai simbolik permulaan baharu pada bulan mulia, katanya kepada Bernama.
"Pada hari Ponggal, beras dimasak dengan susu dan gula perang dalam periuk tanah baharu, ketika matahari terbit atau waktu dianggap bertuah sehingga susu melimpah, ketika ini upacara pemujaan diadakan untuk Dewa Matahari," kata Mohan.
Menurutnya, semua orang akan menjerit Ponggalo Ponggal sebaik susu yang mendidih melimpah daripada periuk tanah, sebagai lambang kemakmuran dan rezeki yang melimpah ruah.
Daun kunyit diikat di sekeliling belanga sebagai sebahagian daripada upacara dan mereka turut menghias rumah dengan daun manga dan hiasan kolam penuh berwarna-warni, diperbuat daripada tepung beras. Manakala tebu wajib ada, untuk perayaan ini.
"Hari selepas Thai Ponggal adalah Mattu Ponggal, khusus untuk meraikan haiwan suci bagi masyarakat Hindu, lembu. Pada hari ini (Selasa), lembu dibersihkan, dihiasi dan dikalungkan bunga," kata Mohan.
Manakala hari ketiga Ponggal adalah sambutan Kanni Ponggal khas untuk anak gadis bersembahyang, bagi mendapat kehidupan dan suami yang baik.
Mohan dalam pada itu menggesa masyarakat India Malaysia, memakai pakaian tradisional ketika merayakan Ponggal dan menjemput tetamu daripada kaum lain.
Sementara itu, Little India di Jalan Tengku Kelana, Klang, dan Brickfields di Kuala Lumpur sesak dengan pengunjung India, yang membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit pada saat-saat akhir untuk meraikan pesta Ponggal.
Pembekal susu, Cinthaman Ponnusamy, 49, yang ditemui di Jalan Tengku Kelana, berkata dia menjangkakan permintaan tinggi untuk bahan itu dan telah membuat tempahan tambahan susu lembu segar untuk dijual sehingga lewat Selasa.
"Kami menerima tempahan sejak minggu lepas dan masih lagi menerima tempahan," katanya sambil tersenyum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020

Penganut Hindu menyediakan nasi manis untuk upacara pemujaan di Mumbai, India, 15 Jan, 2019. REUTERS
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh
Polis membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.

Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir
Little India Brickfields terus menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan segar serta kelengkapan lain perayaan pada harga diskaun sehingga 50 peratus sebagai persiapan akhir.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.

Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.

Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.

Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.

Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.

Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan SOP.