Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang PKR di Kedah, pada Sabtu.
Menurut sumber, suspek pertama berusia 48 tahun ditahan pada pukul 12.20 tengah hari di sebuah restoran di Alor Setar, manakala suspek kedua, 46 tahun, ditahan pada jam 3.25 petang di Plaza Tol PLUS Pendang.
Kedua-dua suspek dikatakan meminta wang suapan RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang telah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem, sekali gus layak untuk bertanding.
Sumber berkata, suspek terbabit sebelum itu telah memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain lagi akan digugurkan daripada senarai calon, namun boleh dikekalkan sekiranya membayar suapan tersebut.
Tambah sumber, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini bagi tujuan permohonan reman.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," ujarnya.
Astro Awani
Sat Sep 15 2018
![Politik wang: Dua lelaki ditahan SPRM Politik wang: Dua lelaki ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536408997_SPRMlogo.jpg)
Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719896591_Trelerterbabas.jpg)
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
![Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716764519_tbMayatdalamlongk.jpg)
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
![Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711516964_PerompakMati.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
![Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709183909_TBrasuahjpg.jpg)
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
![Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707821916_tbmautdihempapkere.jpg)
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
![Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000 Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704263726_TBpukuljpjjpg.jpg)
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
![Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699700495_Deepavali.jpg)
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
![Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698715994_tbDatukpalsu.jpg)
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
![Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694493756_penguatkuasaSPRM.jpg)
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
![Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689986339_TBPayungRahmah.jpg)
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.