KUALA LUMPUR:Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadapnya.
Rata-rata pakar perlembagaan berpendapat, menurut peruntukan Perlembagaan Negeri Perak, sekiranya menteri besar hilang kepercayaan, maka individu itu perlu menghadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu selain meletakkan jawatan atau mencadangkan pembubaran DUN.
Pakar perlembagaan, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Dr Nizamuddin Alias berkata langkah ini mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di Malaysia selama ini.
"Biasanya dalam demokrasi berparlimen, amalan usul undi tidak percaya dibuat namun ini tidak berlaku, maka wujudlah usul undi percaya dengan harapan akan menang tapi sebaliknya berlaku.
"Bagi saya, ini adalah krisis keyakinan di Perak kerana secara asasnya seseorang menteri besar mesti mendapat majoriti sokongan DUN. Bila berlaku usul ini, bermakna wakil-wakil rakyat sudah tidak percaya atau hilang kepercayaan," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas situasi politik di Perak yang mana Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti wakil wakil negeri itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi hari ini?
BACA: "Saya masih Menteri Besar kerajaan sementara" - Faizal Azumu
Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata jika Sultan tidak memberi perkenan kepada menteri besar untuk bubarkan DUN, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan.
"Proses ini tidak pelik, sama ada Sultan bubar DUN, menteri besar letak jawatan sebab hilang keyakinan atau terlucut jawatan, ini prerogatif Tuanku," katanya dan menambah, andai pilihan untuk membubarkan DUN dipilih, maka pilihan raya negeri perlu diadakan dalam masa 60 hari.
Beliau berkata satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan selepas mengambil kira faktor keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam.
"Perdana menteri boleh mencadangkan pengisytiharan darurat di Perak disebabkan faktor itu. Jika wujud keadaan yang dipersembahkan itu, maka Tuanku boleh perkenankannya," kata beliau.
Jelasnya, jika perkara ini berlaku, Sultan Perak mempunyai pilihan untuk melantik majlis mesyuarat negeri sementara sebagai 'caretaker' dalam menguruskan pentadbiran negeri tanpa melibatkan keputusan yang besar.
Mengulas mengenai aspek politik negeri Perak, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Anuar Shah Bali Mahomed berkata negeri itu merupakan ''swing state' (senario politik negeri sering berubah) di mana sejak 2008 lagi komposisi malah sokongan kepada kerajaan sering berubah.
Ini boleh dilihat dalam beberapa pilihan raya umum lalu di mana kemenangan parti politik bertanding adalah kecil dan tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi di DUN Perak.
"Sekarang ini kita lihat tiada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi daripada 59 kerusi yang ada. Paling banyak kerusi buat masa ini adalah UMNO dengan 25 kerusi.
"Inilah faktor mengapa agak sukar untuk seseorang Menteri Besar itu untuk bertahan lama. Bahkan kita lihat BERSATU (parti Menteri Besar) sekarang hanya mempunyai empat kerusi sahaja. Politik Perak akan ini sentiasa berubah dan ini melibatkan permainan angka," katanya.
Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) 25, BERSATU 5, PAS 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5 dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dab Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Jika pengisytiharan darurat dibuat di Perak, Sultan Nazrin Shah mempunyai pilihan untuk melantik majlis mesyuarat negeri sementara sebagai 'caretaker' menguruskan pentadbiran negeri tanpa melibatkan keputusan yang besar. - Gambar fail
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni untuk semua.
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.
Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas
Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Pensyarah rugi RM21,939 terperdaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.
40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI
Antara matlamat utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran program pengajian Doktor Falsafah di bawah FSM khususnya.
UiTM tamatkan perkhidmatan pensyarah terlibat gangguan seksual serta merta
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuat kuasa serta merta.