Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sepasang kaki dan dua ketulan daging manusia yang ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Supt Shahurinain Jais berkata bedah siasat dijangka dibuat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.
"Sepasang kaki itu masih belum dikenal pasti pemiliknya, sama ada ia milik orang mati atau yang masih hidup kerana polis masih belum dapat laporan bedah siasat.
"Setakat ini belum dapat dikaitkan kes itu dengan penemuan mayat tanpa kepala dan kaki yang ditemui di Taman Botani, George Town sehari sebelum penemuan kaki berkenaan, polis juga masih menunggu ujian pemadanan DNA," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya usaha mengumpul bukti lanjut di kawasan tempat pembuangan sampah di Pulau Burung masih diteruskan dan setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu.
Sementara itu, Shahurinain berkata identiti mayat wanita dipercayai warga asing yang ditemui di Taman Botani itu masih belum dapat dikenal pasti.
Katanya polis juga masih dalam usaha mengesan kepala wanita berkenaan yang dipercayai mati dalam tempoh dua hari, dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua kes berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Dua hari lepas badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki ditemui di dalam beg pakaian di Taman Botani, George Town sementara semalam sepasang kaki dipercayai milik mangsa pula ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata kaki hingga paras lutut itu dijumpai dalam keadaan terpisah beberapa meter antara satu sama lain kira-kira pukul 12 tengah hari.
Katanya kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu.
Sepasang kaki itu dipercayai dibawa dari George Town dekat sini memandangkan kawasan longgokan sampah itu merupakan tempat pengumpulan sampah yang dibawa dari bahagian pulau di Pulau Pinang.
Bernama
Sat Nov 08 2014
![Polis tunggu laporan bedah siasat sepasang kaki yang ditemui di Pulau Burung Polis tunggu laporan bedah siasat sepasang kaki yang ditemui di Pulau Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sepasang kaki dan dua ketulan daging manusia yang ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41514539912_KESANDADAH.jpg)
Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Polis akan guna sampel rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan calon anggota dan pegawai mulai tahun hadapan
![Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438576720_KAZIMELIAS.jpg)
Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
![Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437651712_ABDULRAHIMHANAFI.jpg)
Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.
![Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435041758_Abuse.jpg)
Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
![Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi' Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437651712_ABDULRAHIMHANAFI.jpg)
Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
![Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437651712_ABDULRAHIMHANAFI.jpg)
Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
Jika terbukti, polis akan mengklasifikasi semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
![36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula 36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437386810_OUTSIDEGATELOCKS.jpg)
36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Ketua Polis Pulau Pinang berkata walaupun peningkatan kes tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan.
![PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian
Polis menerima 11 laporan berhubung pergaduhan dan provokasi antara penyokong parti-parti bertanding sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam.
![Sindiket dadah RM5 juta tumpas Sindiket dadah RM5 juta tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51423476800_295x200.jpg)
Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang.
![Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.