Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) berkenaan isu pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi dan menubuhkan sebuah kumpulan bersenjata bergelar 'tentera Mahdi'.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya kini dalam proses pemantauan dari semua aspek dan sudut yang boleh membantu dalam menyelesaikan kes berkenaan.
"Kita akan mengambil tindakan setelah perbincangan lanjut diadakan bersama JAIPk dan kami akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai kes ini.
"Buat masa ini, kita masih belum boleh menentukan kesalahan dia tetapi kita akan maklumkan jika sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Aidilifitri Polis Perak di Mesy Pegawai Kanan, Tiger Lane pada malam Jumaat.
Jelasnya, beliau tidak boleh memberitahu secara lanjut mengenai tindakan seterusnya namun langkah-langkah untuk mengesan "Imam Mahdi" itu telah pun dimulakan dengan kerjasama JAIPk.
Katanya lagi, setakat ini kes tersebut masih belum diklasifikasikan di bawah mana-mana akta yang termaktub.
Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berhubung sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri ini, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jul 23 2016
ABDUL RAHIM: Kita akan mengambil tindakan setelah perbincangan lanjut diadakan bersama JAIPk dan kami akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai kes ini. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Polis akan guna sampel rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan calon anggota dan pegawai mulai tahun hadapan
Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.
Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
Jika terbukti, polis akan mengklasifikasi semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Ketua Polis Pulau Pinang berkata walaupun peningkatan kes tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan.
PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian
Polis menerima 11 laporan berhubung pergaduhan dan provokasi antara penyokong parti-parti bertanding sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam.
Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang.
Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.