BESUT: 'Geng Seri' yang disyaki terlibat dalam 11 kes pecah rumah di sekitar Kuala Besut di sini tumpas selepas tertangkapnya tiga ahli kumpulan berkenaan yang semuanya merupakan penagih dadah tegar.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.
"Polis menahan suspek utama yang berumur 28 tahun pada 14 Ogos lepas setelah menerima satu laporan kejadian pecah rumah di Kuala Besut pada hari sama.
"Susulan tertangkapnya suspek utama yang dikenali dengan panggilan Seri, polis berjaya memberkas dua lagi rakannya semalam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini pada Khamis.
Abdul Rozak berkata siasatan awal terhadap suspek utama mendapati dia melakukan kegiatan pecah rumah, curi dan curi kenderaan secara bersendirian di 11 premis sejak Januari lepas.
Beliau berkata modus operandi Seri ialah memecah masuk rumah mangsa dengan cara mengumpil tingkap dengan pemutar skru kira-kira pukul 1 pagi, sama ada ketika mangsa berada di dalam rumah atau sebaliknya.
"Hasil curi kemudian diserahkan kepada tiga rakannya termasuk seorang lagi yang masih bebas untuk dijual," katanya.
Abdul Rozak berkata polis turut berjaya merampas pelbagai jenis barangan dipercayai yang dicuri suspek seperti komputer riba, telefon bimbit, seketul logam dipercayai emas dan sebuah motosikal.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah serta ujian awal saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Mereka kini direman dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 379 A dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala bagi kesalahan berkaitan dadah pula disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Abdul Rozak (dua, kanan) menunjukkan kepada media antara barang curi yang berjaya dirampas dari suspek, termasuk komputer riba, telefon bimbit, seketul logam dipercayai emas dan sebuah motosikal. - Foto Astro AWANI
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Polis tumpaskan 'Geng Seri'
Suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.