SHAH ALAM: Lebih 20 individu melibatkan ahli keluarga serta rakan bekas personaliti TV3, Zalina Azman telah dirakam keterangan sejak individu tersebut dilaporkan hilang November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, usaha menjejaki dan mengesan Zalina dijalankan pihaknya dan sama sekali tidak pernah dihentikan.
"Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.
"Saya ingin tegaskan bahawa kes ini sama sekali tidak pernah ditutup malah usaha pencarian Zalina dipergiat dari masa ke masa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, siasatan turut melibatkan kediaman milik Zalina di Seksyen 2 di sini.
"Setakat ini, belum terdapat sebarang pergerakan keluar masuk yang dikesan di rumah personaliti tersebut," katanya.
Jelas Iqbal, pihaknya sentiasa mengalukan kerjasama mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat terkini berkaitan Zalina.
"Sekiranya mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan Zalina, terus menghubungi pihak polis atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya.
Hampir setahun bekas personaliti TV3, Zalina Azman dipercayai hilang sejak November tahun lalu.
Nama bekas personaliti TV3, Zalina Azman kembali menjadi sebutan apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengeluarkan hebahan berkaitan kehilangan bekas personaliti itu pada Julai lalu.
Hebahan itu dikeluarkan selepas anak mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibunya yang didakwa gagal dihubungi sejak 24 November 2021.
Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada anak lelaki Zalina pada 29 November tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan datuknya telah dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, difahamkan Zalina tidak dapat dihubungi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022

Rumah dipercayai didiami Zalina Azman di Seksyen 2 sunyi tanpa sebarang pergerakan keluar masuk yang dikesan pihak polis. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.

Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.

Rakan, individu terakhir jumpa Zalina
Individu tersebut bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan tersebut, Zalina dalam keadaan sihat.

"Zalina, jika anda di luar sana, hubungi mak, ayah beritahu anda selamat" - Sharifah Shawati
Misteri kehilangan bekas personaliti TV, Zalina Azman masih lagi belum terungkai...

Kehilangan Zalina Azman: Temu bual di MeleTOP bersama Sharifah Shawati malam ini
Malam ini program MeleTOP akan menemubual rakan Zalina, Datin Sharifah Shawati.

Polis masih berusaha kesan kontraktor rumah Zalina Azman
Polis masih lagi mengesan kontraktor yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian di kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Keluarga risau keberadaan Zalina Azman - Ras Adiba
Keluarga Zalina Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Tiada petunjuk baharu kehilangan Zalina - Polis
Dua wanita mirip Zalina yang ditemui sebelum ini termasuk seorang di Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat, ialah gelandangan.

Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .