PUTRAJAYA: Keluarga bekas personaliti TV, Zalina Shaharah Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas, menurut Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Ras Adiba berkata dalam pertemuannya bersama keluarga Zalina Shaharah di balai polis di Shah Alam semalam, keluarga wanita itu meluahkan rasa resah mereka memandangkan sehingga sekarang tiada petunjuk jelas tentang lokasinya.
"Saya berkesempatan berjumpa dengan anak beliau dan abangnya yang saya kenal sejak sekian lama dan mereka seisi keluarga mencari-cari juga dan mereka pun seperti kita mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin agar urusan kita ni dipermudahkan.
"Saya diberitahu kedua-dua anaknya begitu resah dan risau akan ibu mereka. Mereka pun tidak tahu di mana nak cari ibu mereka," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.
Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral berkata beliau sendiri telah pergi ke balai polis di Shah Alam selepas mendapat berita ada dua wanita yang dikatakan mirip sahabatnya itu berada di sana.
BACA: "Saya dah lihat gambar dekat dan..."- Ras Adiba teliti gambar wanita mirip Zalina Azman
"Selepas saya berkomunikasi dengan dia dan saya melihat dia sendiri, itu bukanlah Zalina (Shaharah) dan seorang lagi yang mereka katakan berlegar-legar di Shah Alam, itu pun bukan Zalina (Shaharah).
"Kita sudah tengok video, kita sudah tengok gambar dan kad pengenalan serta cap jarinya. Polis telah pun mengesahkan kedua-dua yang dijumpai di Shah Alam dan Sentul itu bukanlah sahabat kita," katanya.
Ditanya mengapa tempoh lama diambil sebelum mengumumkan kehilangan Zalina Shaharah, Ras Adiba berkata polis sudah membuat hebahan tahun lalu namun hanya segelintir yang tahu disebabkan penggunaan nama penuh personaliti itu.
Beliau berkata pertama kali ia dihebahkan tahun lepas menggunakan nama penuh Zalina Shaharah Azman selain gambar yang digunakan kurang jelas menyebabkan orang ramai sukar mengenalinya.
"Jadi apabila kakak saudara saya yang tinggal di London, Haliza Hashim, menghantar saya kiriman terbaru Facebook yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, dia tanya saya adakah ini Zalina (Shaharah), saya katakan "Ya, memanglah".
"Dari situ saya terus hebahkan kepada semua dan memberitahu kepada masyarakat dan sahabat-sahabat kita," katanya.
Dalam pada itu, Ras Adiba turut memohon kepada orang ramai untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kehilangan Zalina Shaharah sebaliknya sama-sama mencari wanita itu.
"Saya bersyukur semua orang begitu prihatin namun begitu saya juga mohon kepada mereka supaya mengambil gambar atau video supaya kita tahu di mana lokasi dan adakah itu sahabat kami.
"Kepada semua, saya memerlukan bantuan anda untuk mencari dia, jika anda melihat atau jika tahu apa-apa tentang dia, sila maklumkan kepada saya," katanya.
Ras Adiba berkata beliau optimis bekas pembaca berita itu masih hidup dan akan terus berusaha mencarinya.
"Sekiranya beliau (masih) hidup, saya akan terus mencari namun sekiranya beliau tidak ada, seperti saya kata, kalau beliau di lautan saya mohon ditimbulkan, sekiranya di perut bumi saya mohon diberitahu arah di mana kita boleh mencari sahabat kita itu," katanya.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022

Menurut Ras Adiba, keluarga Zalina meluahkan rasa resah mereka memandangkan sehingga sekarang tiada petunjuk jelas tentang lokasinya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.

Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.

Rakan, individu terakhir jumpa Zalina
Individu tersebut bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan tersebut, Zalina dalam keadaan sihat.

"Zalina, jika anda di luar sana, hubungi mak, ayah beritahu anda selamat" - Sharifah Shawati
Misteri kehilangan bekas personaliti TV, Zalina Azman masih lagi belum terungkai...

Kehilangan Zalina Azman: Temu bual di MeleTOP bersama Sharifah Shawati malam ini
Malam ini program MeleTOP akan menemubual rakan Zalina, Datin Sharifah Shawati.

Polis masih berusaha kesan kontraktor rumah Zalina Azman
Polis masih lagi mengesan kontraktor yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian di kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Keluarga risau keberadaan Zalina Azman - Ras Adiba
Keluarga Zalina Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Tiada petunjuk baharu kehilangan Zalina - Polis
Dua wanita mirip Zalina yang ditemui sebelum ini termasuk seorang di Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat, ialah gelandangan.

Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .