Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), petang Sabtu.
"Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara itu (Thailand) dalam membantu siasatan insiden berkenaan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini, malam tadi.
Bernama semalam melaporkan sumber keselamatan Thailand berkata terdapat nombor siri SKMM pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan.
Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.
Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.
Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket semalam, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan.
Bernama
Sun Aug 14 2016

Menurut Tan Sri Khalid, menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.

Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu

Alat Letupan Termampat - Senjata utama teroris
Bukan sahaja teroris, tetapi banyak perjuangan non-konvensional dilakukan dengan kaedah IED yang dihasilkan secara amatur tetapi cukup berkesan.

Three small bombs sent to London airports, rail station - Police
The packages were found in buildings near Heathrow and London City airports, and within the city's busiest rail station, Waterloo.

Bekas calon STPM dihukum penjara 7 tahun, 6 sebatan
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Polis terima serpihan telefon bimbit insiden letupan Thailand - KPN
Polis telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.

Letupan di Nibong Tebal berpunca dari bahan 'IED' - Polis
Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan pilihan raya Barisan Nasional Nibong Tebal berpunca dari bahan 'IED'.