KUALA LUMPUR: Laporan awal analisis unit bom mendapati, ada bahan yang boleh menyebabkan kebakaran pada dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED), yang ditemui di bawah bahagian kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim, di Bangsar, di sini Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap, berhubung bahan letupan itu.
"Berapa jarak bom itu boleh meletup juga sedang disiasat...nak buat bom ini amat mudah kerana boleh dipelajari daripada internet," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Letupan dan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu antaranya pekerja mekanik, pemilik bengkel, pegawai keselamatan, pihak mahkamah, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Orang Asli.
Ayob Khan berkata polis juga membuat penilaian kamera litar tertutup melibatkan tempat-tempat yang peguam dan aktivis sosial yang nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim itu pernah pergi, bagi mengesan mereka yang terlibat.
"Polis akan menyiasat daripada keseluruhan aspek termasuk suspek guna IED untuk membalas dendam," katanya.
Beliau berkata sebelum kejadian tiada sebarang laporan ugutan jenayah ke atas Siti Kasim yang diterima polis.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang memasang dua botol plastik disyaki IED di bahagian bawah kereta Siti Kasim mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.
Jumaat lepas, dua botol plastik menyerupai bahan letupan ditemui di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik Siti Kasim, ketika kereta itu dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Laporan awal analisis unit bom mendapati ada bahan yang boleh menyebabkan kebakaran pada dua botol plastik disyaki IED yang ditemui di bawah bahagian kereta Siti Kasim, di Bangsar, Jumaat lepas. -Gambar fail/Sinar Harian

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.

Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.

Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.

Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.

Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.

Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.

Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.

Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.