KUALA LUMPUR:Polis hari mengesahkan menerima keseluruhan lapan laporan membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah seksual dan kini dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun dua daripada laporan polis yang diterima itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
"Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya, manakala dua yang diklasifikasikan sebagai NFA ialah masing-masing satu di Shah Alam dan Subang Jaya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima dua laporan berkaitan suspek.
"Laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii," katanya dalam kenyataan.
BACA: Polis terima enam laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti
BACA: Mangsa terperdaya dengan gaya, cara bercakap pendakwah selebriti yang direman - Polis
Beliau berkata pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan berkaitan dua laporan polis berkenaan.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada 26 Nov lepas susulan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam dan dia dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula 27 Nov lalu bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dilanjutkan lima hari lagi bermula 2 Dis hingga hari ini selepas seorang lagi mangsa membuat laporan polis di IPD berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020

Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya. -Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.

Mahkamah tolak rayuan pendakwan persendirian terhadap Zamri, Firdaus
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhir S. Shashi Kumar untuk memulakan pendakwaan persendirian terhadap dua penceramah, yang didakwa menghina kepercayaan dan amalan agama orang bukan Islam.

Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

JHEAIK panggil pendakwah terkenal berkaitan video tular puji guru keterlaluan
JHEAIK sudah menasihatkan pendakwah berkenaan, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli dan mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.

Pengadu mengaku hantar gambar kepada Ebit Lew
Pengadu kes Ebit Lew mengaku gambar tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp adalah foto wajahnya yang dihantar kepada pendakwah itu.