KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata selain itu sebanyak 3,496 tangkapan turut dibuat melibatkan penagih dan pengedar dadah di bawah Seksyen 6, 6B, 12(2), 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lepas.
Beliau berkata jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,880 orang.
"Tangkapan turut melibatkan 35 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
"Sepanjang tahun lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menjalankan tujuh siri Ops Camar bagi membanteras sindiket pengedaran dadah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, sini pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.
Terdahulu pada majlis tersebut Mazli turut menyerahkan 15 kenderaan termasuk motosikal dan kereta yang dilucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran automatif di tujuh sekolah menengah di negeri ini.
Dalam pada itu Mazli berkata secara keseluruhan sebanyak 62 kenderaan pelbagai jenis berjaya dilucut hak untuk pelupusan sepanjang 2023.
Menurut beliau selain diserahkan kepada sekolah untuk tujuan pembelajaran, kenderaan tersebut juga akan dilelong kepada orang awam pada 22 Jan ini.
"Anggaran rampasan dan sitaan pelbagai jenis kenderaan oleh jabatan narkotik tahun lalu pula sekitar RM2.8 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Mazli berkata jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,880 orang. - Gambar fail/Bernama

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan
Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyaisat punca serangan.

Rombakan besar-besaran PDRM selepas Aidilfitri
Setakat ini PDRM telah pun membuat pertukaran beberapa anggota pelbagai pangkat peringkat bawahan membabitkan jabatan yang disifatkan sebagai sensitif.