BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina laungan azan yang dimuat naik menerusi status di laman Facebooknya baru-baru ini.
Wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Tawau Sabah itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang melihat status terbabit yang dimuat naik pemilik akaun bernama JULIA JJ II.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil pemeriksaan mendapati akaun tersebut dimiliki seorang wanita yang bekerja sebagai tukang urut di kawasan Bukit Mertajam.
“Selain status tersebut, wanita itu turut meletakkan emoji hidung babi dan kenyataan bertanda pagar menghina masjid.
“Semakan polis turut mendapati terdapat empat laporan yang dibuat berkaitan kenyataan pemilik akaun,” katanya," kata Shafee dalam kenyataan hari ini.
Shafee berkata, pengadu membuat laporan polis berikutan tidak berpuashati dengan tindakan pemilik akaun Facebook itu yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan kaum dan meminta tindakan tegas diambil keatas pemilik akaun tersebut.
Katanya, suspek ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis SPT dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998.
Polis turut merampas dua buah telefon bimbit milik suspek.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jun 30 2021
Shafee berkata, hasil pemeriksaan mendapati akaun tersebut dimiliki seorang wanita yang bekerja sebagai tukang urut di kawasan Bukit Mertajam. - Foto Astro AWANI
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
Pendidikan digital : KPM jalin kerjasama dengan Microsoft, Google
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pada tahun 2026 kesemua guru akan menjalani kursus dalam talian mengenai sistem pengurusan latihan KPM bagi memantapkan anjakan Kurikulum Persekolahan 2027 .
Lebih 115,000 terlibat dadah jenis sintetik setakat Sept - KDN
Setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
#AWANIByte: MCMC - Keselamatan Pengguna Terjamin
MCMC membahas isu penting mengenai Keselamatan dan Perlindungan Pengguna dalam dunia digital yang semakin kompleks. Seiring dengan perkembangan teknologi, risiko yang dihadapi oleh pengguna juga meningkat. Mari kita telusuri langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan data disimpan dengan selamat dan privasi individu ketika berada dalam talian.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
[TERKINI] Perkembangan Sebutan kes Tun Daim Zainuddi
Ikuti langsung perkembangan sebutan kes Tun Daim Zainuddin yang didakwa gagal mengisytiharkan harta.
Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin
"Tekanan emosi" disebut sebagai punca yang mendorong perpisahan itu sekalipun mereka masih menyayangi satu sama lain.
#AWANIRingkas 20 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 November 2024
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Polis tahan wanita didakwa hina laungan azan
Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina laungan azan yang dimuat naik menerusi status di laman Facebook.
Wanita ditahan dipercayai hina azan, Islam menerusi Facebook
Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.