Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan pada 8 malam di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat Kluang selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Disember lepas.
"Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalankan siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.
Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Katanya, polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan. - Gambar hiasan
Negara EU tingkat kerjasama pertahanan ketenteraan
Kesatuan negara Eropah, EU, bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan pertahanan peluru berpandu, peperangan elektronik, dan aset ketenteraan lain sebagai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara kerajaan nasional.
Pegawai tertinggi EU menegaskan bahawa Eropah perlu mengubah cara perbelanjaan pertahanan dilakukan dengan menekankan kerjasama dalam pembangunan dan pembelian senjata.
Pegawai tertinggi EU menegaskan bahawa Eropah perlu mengubah cara perbelanjaan pertahanan dilakukan dengan menekankan kerjasama dalam pembangunan dan pembelian senjata.
Rusia veto resolusi gencatan senjata Sudan
Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru gencatan senjata segera di Sudan, ketika negara itu terus dilanda peperangan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Tiada lagi keperluan untuk lihat LKM secara fizikal
Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke aplikasi atau telefon bimbit yang digunakan polis dan JPJ sudah dilengkapi dengan sistem yang boleh mengenal pasti kenderaan tersebut mempunyai roadtax atau tidak.
Negara barat pilih bulu, hipokrit - Menteri Luar Iran
Menteri Luar Iran Seyyed Abbas Araghci menyelar hipokrasi negara-negara Barat yang bersifat 'pilih bulu'.
Ini kerana menurut beliau dalam ciapan di X, tindakan United Kingdom (UK) yang masih mengeksport senjata dan komponen pesawat tempur F-35 kepada Israel tidak dikecam atau dikenakan sekatan sepertimana dilakukan ke atas Iran.

Najib, Hochstein bertemu di Beirut, bincang gencatan senjata
Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati menyeru agar kegilaan Israel dalam melakukan kemusnahan di bandar-bandar negara itu dihentikan segera
Menurut beliau dalam ciapannya di X, perkara itu disampaikan kepada wakil khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, Amos Hochstein selepas Hochstein mengadakan perbincangan dengan speaker parlimen Lubnan.

Tiga askar Lubnan terbunuh dalam serangan udara Israel
Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand, sebuah kampung di selatan Lubnan.
Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah korban dalam satu kenyataan berasingan, melaporkan jumlah awal tiga askar terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk anggota tentera dan orang awam.
Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah korban dalam satu kenyataan berasingan, melaporkan jumlah awal tiga askar terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk anggota tentera dan orang awam.
i-Lindung : KWSP tidak ambil komisen daripada syarikat insurans
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying yang menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin iaitu setakat ini KWSP tidak langsung mengambil sebarang komisen daripada syarikat atau pengendali insurans yang menawarkan perlindungan i-Lindung.
Enam daerah di Terengganu terjejas babit 1,867 mangsa
Enam daerah di Terengganu kini terjejas akibat banjir, iaitu Kemaman, Marang, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kuala Terengganu.
Menurut laman Info Bencana JKM, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend peningkatan.
Menurut laman Info Bencana JKM, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend peningkatan.
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Polis tahan wanita didakwa hina laungan azan
Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina laungan azan yang dimuat naik menerusi status di laman Facebook.
Wanita ditahan dipercayai hina azan, Islam menerusi Facebook
Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.