IPOH: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun ditahan setelah dipercayai menjadi suspek dalam kes bunuh seorang lelaki di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah dekat Bandar Sri Botani, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima maklumat dari orang awam berhubung kes kematian di pondok pengawal keselamatan di sekolah tersebut pada jam 3.34 pagi semalam.
Katanya lagi, siasatan awal oleh pihak polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berusia 43 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah tersebut.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
"Pihak polis turut menangkap seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah itu dan merampas senjata yang digunakan oleh suspek bagi membantu siasatan.
"Hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian abdomen akibat objek tumpul," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.
Yahaya berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Ahad bagi permohonan perintah tahanan reman.
Jelasnya lagi, dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes itu telah berjaya diselesaikan.
"Pihak siasatan akan melengkapkan siasatan kes ini dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,"katanya.
Aida Aziz
Sun Oct 15 2023

Seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun ditahan setelah dipercayai menjadi suspek dalam kes bunuh seorang lelaki di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah dekat Bandar Sri Botani, Ipoh.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.

Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.