KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tempat letak kenderaan Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras, di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin, kejadian berlaku selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali Komuniti Kuala Lumpur di kawasan berkenaan.
"Pengadu bersama sepasukan anggota Balai Polis Cheras sedang menjalankan tugas Op Jaga Aman majlis tersebut dan ternampak tiga lelaki warganegara bergaduh di tempat letak kenderaan perumahan itu.
"Pengadu bersama pasukannya berjaya meleraikan pergaduhan dan membuat tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Zam Halim berkata, kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 26 hingga 36 tahun dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
Katanya, kertas siasatan yang lengkap telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
"Kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21(2) Akta Polis 1967.
"Pihak Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang," ujarnya.
Semalam, Astro AWANI melaporkan majlis penyerahan sumbangan sempena perayaan Deepavali di Flat Sri Sabah, dicemari dengan insiden pergaduhan oleh beberapa individu daripada sebuah parti kerajaan.
Menurut sumber, puncanya dipercayai berhubung ketidakpuasan hati mengenai penerima sumbangan sempena Deepavali di kawasan tersebut.
Afiezy Azaman
Wed Nov 08 2023
Pihak Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang. - Gambar hiasan
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.