Polis Kelantan telah menahan seorang pemilik kedai farmasi berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes rompakan menggunakan senjata api jenis M16 di sebuah kedai serbaneka di bandar Tanah Merah pada Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki itu ditahan susulan serbuan di sebuah rumah di Wakaf Baharu, Tumpat pada Isnin lepas.
Turut ditahan isteri kepada lelaki itu juga berusia 52, dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini siang tadi.
Jalaluddin berkata kes disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, seksyen 8(b) Akta Senjata Api 1960 dan seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.
Pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci bagaimana suspek berkenaan boleh menyimpan banyak peluru sedangkan yang dibenarkan hanya 200 butir sahaja.
Lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam, manakala wanita dan remaja itu di reman dua hari bagi membantu siasatan.
Polis Kelantan juga akan menyiasat latar belakang semua pemilik senjata api di negeri ini yang dilesenkan bagi mengelak kejadian berulang.
Dalam kejadian 30 Dis lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas selaras senjata api jenis M16 kira-kira setengah jam selepas suspek merompak kedai itu.
Ia disusuli penahanan seorang lagi lelaki berusia 36 tahun pada 5 Jan yang disyaki terlibat dalam rompakan sama.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu beberapa kumpulan peragut yang kini dipercayai melakukan rondaan awal menggunakan kenderaan sebelum menjalankan aktiviti jenayah mereka.
Katanya peragut berkenaan ada yang berlagak sebagai pelanggan dan memasuki kedai runcit untuk melakukan aktiviti mereka.
Astro Awani
Wed Jan 15 2014

Jalaluddin Abdul Rahman - Gambar Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 8 Dis
Fasa kesembilan perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang akan berakhir esok (22 Nov), dilanjutkan lagi bermula 23 Nov hingga 8 Dis.

91 kes rogol di Kelantan untuk lima bulan pertama 2014
Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama 2014.

Polis tahan pemilik farmasi bantu siasatan kes rompak guna M16
Polis Kelantan telah menahan seorang pemilik kedai farmasi berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes rompakan menggunakan senjata api jenis M16 di sebuah kedai serbaneka di bandar Tanah Merah.

Dua penjenayah ditembak mati di Kuala Krai
Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka 'menculik' seorang kerani yang membawa wang tunai RM50,000.