KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki berumur 18 hingga 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen, di sebuah bangunan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Menerusi Ops Vulture oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu, kesemua suspek ditahan kira-kira 4 petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pengadu bagi kes itu adalah seorang warga tempatan berusia 46 tahun yang merupakan seorang pengarah syarikat swasta.
Katanya pengadu yang mempunyai masalah kewangan dalam membuat pusingan modal perniagaan sebelum ini telah membuat pinjaman dengan beberapa syarikat dalam talian, tanpa menyedari syarikat berkenaan adalah sindiket pemberi pinjaman tidak berlesen.
"Pengadu telah meminjam sebanyak RM96,240 dan telah membuat pembayaran balik sebanyak RM100,895. Pengadu telah didesak dengan pelbagai ugutan supaya membayar balik bayaran pokok sebanyak RM72,000.
"Pengadu kemudiannya telah dihubungi oleh sindiket yang memperkenalkan diri daripada syarikat pinjaman wang berlesen telah membuat tawaran kepada pengadu untuk melangsaikan bayaran tertunggak tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohamad Fakhrudin berkata pengadu dalam keadaan terdesak dan takut telah menandatangani satu perjanjian peminjam wang untuk menyelesaikan pinjaman yang tertunggak dan pengadu perlu membayar balik sebanyak RM120,000.
"Akibat pengadu tidak mampu membayar, suspek telah menghantar orang ke rumah ibu pengadu. Pengadu telah diugut setiap hari oleh sindiket tersebut," katanya.
Menurutnya semakan mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman selama empat hari manakala kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesan 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Menerusi Ops Vulture, kesemua suspek ditahan kira-kira 4 petang Rabu. - Gambar hiasan
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Pertumbuhan kredit sektor swasta bukan kewangan naik 5.2 peratus pada November
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus.

Saman SRC: Najib pertahan tindakan luluskan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP kepada SRC
"Saya mahu SRC mempunyai modal yang cukup untuk memenuhi objektifnya," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan hanya pinjam untuk biaya defisit fiskal, hutang matang - Amir Hamzah
Melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang.

Pengguna dengan skor kredit tinggi dijamin kelulusan pinjaman 5 kali ganda - Kajian CTOS
Menggunakan sampel lebih 250,000 permohonan, kajian ini menyoroti jurang kadar kelulusan pinjaman antara pelbagai kategori skor CTOS.

Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.

430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry
Semua peminjam dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun sudah mempunyai kerjaya masing-masing.

ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.