PONTIAN: Polis menahan lima lelaki dan merampas dua jenis dadah bernilai RM3.43 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Pontian dan Tangkak, Khamis lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua mereka termasuk seorang warga asing berusia antara 23 hingga 53 tahun itu, ditahan antara 8.45 hingga 10 malam.
Beliau berkata pihaknya merampas sebanyak 64.89 kilogram syabu bernilai lebih RM2.14 juta dan 58,626 biji pil ekstasi bernilai RM1.29 juta, yang dianggarkan boleh digunakan seramai 382,896 penagih.
"Modus operandi sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan inap desa (homestay) sebagai transit pengedaran dadah ke negara jiran melalui jalan laut oleh tekong.
"Selain itu, kegiatan pengedaran dadah ini dipercayai telah aktif beroperasi sejak Januari lepas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, hari ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya turut menyita empat buah kereta, sebuah motosikal, dua bot fiber berserta enjin, wang tunai berjumlah RM1,790 dan 21 dolar mata wang Singapura.
"Kesemua lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata sejak 1 Jan hingga Khamis lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 5,886 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas satu tan dadah bernilai RM14.19 juta serta menyita harta bernilai RM5.1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Polis merampas sebanyak 64.89 kilogram syabu bernilai lebih RM2.14 juta dan 58,626 biji pil ekstasi bernilai RM1.29 juta. - Bernama
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
MOT mahu pinda Akta 333, pastikan hukuman untuk pemandu positif dadah - Loke
Undang-undang sedia ada tidak membolehkan pendakwaan terhadap pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Wanita ditahan bersama lebih 200 kilogram methamphetamine
Sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.